Wednesday, 11 March 2015

Day 2 Melbourne



Hye..salam ingatan buat semua.Lama tol tak singgah blog sendiri.Sejujurnya Cik Nun bukanlah sorang yang rajin berkarang bagai.Ikutkan hati Cik Nun macam nak delete ja blog ni.Tapi bila difikirkan balik kenapa perlu delete sedangkan yang baca blog ni semestinya kaki travel kaki melancong kaki round.Kalau delete blog ni sah tak dapat nak kongsikan apa-apa mengenai travel dah.Nak share dengan siapa lagikan?cakap dengan orang sekeliling Cik Nun ada yang fikir kita ni nak menunjuk nunjuk konon dapat jejak kaki luar Negara.Padahal just nak share dengan dia orang apa yang kita lihat apa yang kita rasa tapi tiada siapa mengerti jiwa kaki travel ni..aiceh ayat..haha..disebabkan tak ada masa nak berkarang hanya mampu baca blog kawan-kawan lain tanpa tinggal komen sebab utama takut yang menanya bila nak update blog.Macam mana pun Cik Nun akan habiskan cerita Melbourne tahun 2014 yang tak habis-habis episode!muahaha..

Owh ya sebelum sambung kisah Melbourne ni Cik Nun nak share satu perkara happy dan satu perkara agak sedih.cerita yang happy dulu la nohh!!Happy sangat disebabkan oleh sorang blogger yang baik hati sebab hadiahkan souvenir kepada Cik Nun.Walaupun dah berbulan lamanya hadiah ni Cik Nun dapat baru nak post.hehe.Siapakah?lain dan tak bukan SITI YANG MENAIP.hye..hye CT!!! terima kasih ye!!Suka sangat souvenir tu semua.Paling syok bila dapat fridge Magnet dan poskad tu!!

Yang sedihnya pula sorang peneman travel Cik Nun jatuh sakit.yaa dia adalah ayah Cik Nun.Awal Disember 2014  ayah Cik Nun diserang sakit strok dan keseluruhan badan sebelah kiri lumpuh tapi Alhamdulillah kini ayah Cik Nun makin pulih.Cik Nun doa sangat ayah Cik Nun sembuh..Kata orang semangat itu penting..Susah senang sakit sihat semua datang dari yang satu maka kita kenalah banyak bersyukur.

Haa..jom lah Cik Nun belanja sambungan di Melbourne ye.Hari kedua di Melbourne ni Cik Nun pilih nak merasa naik kereta api dan merasai suasana hijau di melbourne tu.so Cik Nun pilih hari Ahad.kenapa hari ahad?untuk pengatahuan semua 97% Cik Nun refer blog kawan-kawan tentang Melbourne.korang sedar tak dari first day Cik Nun nak bajet ja kan.Nak jalan jejauh tapi nak kedekut sokmo.betul tak?haha.tapi nak bajet memang kena kedekut asal berbaloi.semua orang ada cara travel masing-masing.Di sebabkan nak murah Cik Nun pilih ke Belgrave hari ahad.sebab?Cik Nun ada baca blog tentang SUNDAY SAVER.tiket tu boleh guna semua public transport.hanya pada 3.20 Aud..berbaloi kan??tapi sayang,untuk pengetahuan semua Sunday Saver TAK lagi boleh digunakan.maknanya memang tak ada Sunday saver dah di Melbourne tu.Cik Nun tak langsung baca or search tentang kad Myki so tak dapat lah nak explain tentang card tu.Nak tak nak terpaksa lah bawa keluarlah juga 12Aud.kad ni berharga 6Aud dan dia topup 6Aud.Orang tu cakap boleh guna semua public transport untuk seharian.Tak nak fikir dah jom kita Puffing Billy!!Cara nak kesana senang ja..kalau di flinder street ambil Platform No 2. Jika risau lihat ja papan tanda.
Ke Puffing Billy kena ke station akhir iaitu Belgrave.bila dah sampai jangan risau..kalau tak reti nak jalan.Lihat bawah ada line biru ikot ja.

Tiket Cik Nun ada 10% discount.Sebab hotel yang Cik Nun tinggal tu dia ada beri so jimat la sikit kan.seppp duit den..
Hari ni Cik Nun nak kena ligan masa sikit.Cik Nun ambil tiket return ke Menzies.walaupun dekat tapi dapat juga merasa.Layan sikit picture dari tangan yg kurang seni nih..


Dalam rancangan hari ini nak ke Brighton Bathing Box so Cik Nun dari Station Belgrave berhenti di Station Richmond untuk petukaran.Sesudah sampai Cik Nun lihat platform ni sunyi sangat.Cik Nun ke platform sebelah dan tanya sorang lelaki pakistan yang sangat ramah dan sangatlah membantu,dia kata platform tu tutup sebab hari ini ahad.Orang tak ramai guna.Macam nak nagis ja dengar.Bila dia lihat muka Cik Nun yang sebek teros bawa Cik Nun jumpa sorang security perempuan.Cara security tu cakap adohaiii macam singa ja.Kesian laki pakistan yang tolong Cik Nun tu. Padahal dia nak tolong tanya cara nak kesana ja.Bila Cik Nun dengar nak kena naik bus teros tak berani.Walaupun ada ayah teman tapi perasan nak mencuba hilang.Tak berani nak mencuba.Salah satu sebab Cik Nun tak nak pergi kerana waktu tu dalam 3.20pm.Kalau jumpa bus pergi tak pa.Takut tak jumpa bus balik.haha.Ambil keputusan ke harbour town ja.
dekat sini satu makanan pelik yang Cik Nun jumpa.tapi tak belilah sekadar snap picture.tadaaaa isi buaya..tak tahu pulak buaya boleh makan.haha.

So hari ketiga akan bersambung...In sya Allah  pasti sebelum bulan empat 2015 sebab ada cerita baru nak share..kemana?haaa tunggu ja lah..tata!

20 comments:

  1. Pergh... lamanya berhibernasi...

    Tak apalah Cin Nun... dalm memblog memang tak boleh nak paksa... kekadang memang rasa malas tahap cipan. Saya pun macam tu... tapi bila dah mula kenalah habiskan posting tu... tak mau gantung2... hehe

    ReplyDelete
  2. Moga ayah Cik Nun cepat sembuh dan sihat seperti sebelumnya... aminnnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...InsyaAllah..

      Baik..akan habiskan..x gantung2..hehehe

      Delete
  3. lamanya menyepi...cik Nun sihat?

    ReplyDelete
  4. jgn DELETE...sis JM reader yg SETIA nih

    ReplyDelete
  5. semoga ayah cik Nun cepat sembuh..aminnn

    ReplyDelete
  6. Amin..Hahaha...kalau del pun blog nih..setia Cik Nun singah blog kak JM selalu..hihi..Alhamdulillah...sihat ja..Kak Jm lawa profile pic tu...

    ReplyDelete
  7. Semoga kesihatan Ayah berada dalam keadaan sihat dan cepat pulih hendakNya. In Sha Allah , Aamiin.

    ReplyDelete
  8. semoga kesihatan ayah cik nun bertambah baik. tak sabar nak tunggu cerita di melbourne.
    saya baru je balik dari melbourne. tak tau bila nak sambung cerita melbourne ni. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq mazuriah...wah baru balik melbourne ke...ada rasa tak ati di perantauan agi. Hehehe

      Delete
    2. badan je kat sini tapi hati masih melekat di sana.

      Delete
  9. Cik Nun..!!! i miss you =') hehehe.. ada gak tau kadang2 dtg jenguk blog ni.. tlg hembus2 habuk..

    jangan laaa quit Cik Nun.. x ape skali skala pun hapdet.. kami menanti citer dari Cik Nun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alolor...so sweet..ni yg wat semangat nih..haha

      Delete
  10. CT ngerti feeling ayah kena strok.. ayah CT pun.. buat treatment kat mana ye.. soh pakcik dok rehat jgn keje berat2 sngt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. P brubat dekat tanjung piandang..bagus wat cara acupuncture..lepas tu ada p mengurut juga dekat baling kedah..bagus..now ayah dah mula boleh bdiri.tp masih kena pegang dia..ayah CT plak mcm mana ya?

      Delete
    2. ayah kena stroke bukan yang jenis xleh gerak tu.. dia attack otak but ayah still bleh gerak cuma slow belah kiri. lepas kena attack tu bleh jalan semua lagi. so buat acupuncture kat bangi sbb ayah admitted kat sana. alang2 tu duduk sana rumah nenek buat treatment..

      memula recover okay jalan laju sket. skarang kalo nk turun tangga ke mmg kena pegang something. orientation macam lari skit and ayah cepat lupa skarang. kena ingatkan banyak kali.

      Delete
  11. kalo travel memang CT pun spesis brkira2 n nak jimat. unless dah trpaksa.. somehow jalan2 mmg kena guna duit kan hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..kedekut sebab simpan sikit utk next trip..jom join next trip

      Delete
    2. manaaa manaaa ? ehehe.. kena check tabung dulu hehehe..

      Delete