Friday 30 May 2014

Bali last day

Assalamualaikum..sihat tak semua..doa sihat lah...jangan terlebih sihat macam Cik Nun udahlah..kang susah plak nak mendietkan diri..haha..jom sambung last day di tanah bali.seriusnya Cik Nun agak sedih ari last nie sebab antara tempat yang Cik Nun travel Bali the best la.mungkin salah satu sebab with kakak senior dan juga Pak Supir yang sangat sekepala!!okey untuk last day nie kami ke Utara bali..yeah..saya orang utara Malaysia..hehe

 

BEDUGUL

tasik bratan tasik nie kedua terbesar di bali.harga tiket sorang Rp7000.ada satu kuil yang terletak atas permukaan tasik nie.pemandangan sangat cantik sebab tasik nie menghadap ke Gunung Bratan dan Gunung Catur.masa syok layan bergambar.hujan turun lebat sangat dan tak sampai 5 minit stop pula hujan tue..ini angkara Raja Katak nak panggil teman tiga orang nie..hahahaha!!!

Sang Puteri bersama Raja Katak..hahahaha...
 

 
ala-ala korea gitue..haha

masa nak ke tempat parking Cik nun gelak besar bila lihat teksi yang agak unik sebab kali pertama lihat.dekat Malaysia tak penah lihat lagi.bagus lah kat Malaysia tak ada pun.di sebabkan sekarang tengah hot dekat si hidung besaq ni.Cik Nun nak tunjuk lah apa yang Cik Nun lihat nie...

apa yang di lihat dekat teksi tu???
sebelum sambung cerita,serius Cik Nun AGAK KECEWA DENGAN SYARIKAT CADBURY!!dengan berita yang cukup menyedihkan!!kenapalah sangup buat macam ni!!!arhhhhhh!!!pasni tak nak makan dah walaupun di sah HALAL!!
 

TANAH LOT

 
 
 
siapa pernah pergi Gread Ocean View Melbourne??cuba cari apa yg sama??hehe

harga masuk tanah lot sorang Rp8000.dekat sini laut dia tak lah cantik macam dekat pantai pendawa tu.tapi mungkin dijadikan tempat pelancongan sebab ada satu kuil yang di tengah laut.ramai juga ke tengah laut tu.bila pergi akan di letak beras di dahi,Cik Nun tak pergi pun.lihat dari jauh ja.

aksi melampau..haha..with kak +Yan Ty krik..krik..krik.. 

Pantai Kuta

masa perjalanan nak ke pantai kuta Supir Ali asik lihat matahari ja.ligan masa gamaknya.sebab dia nak sangat kami lihat sunset dekat bali.tapi tak da rezeki juga sebab jalan jem.Dari hari pertama lagi Supir Ali asik bawa ke town kuta ni sebab nak suruh lihat pantai kuta ni tapi kami macam malas nak jalan so tak juga pergi.hari akhir di paksa juga oleh supir Ali dan bila lihat ja suasana Pantai bali baru tahu kenapa supir Ali nie nak sangat kami lihat sebab suasana dia memang cantik! tenang! bunyi ombak dia jer macam lagu Ombak rindu..hehehe.senang kata kalau mai bali nie mai lah jenguk pantai bali ni.Sampai ja airport ralat sangat jiwa raga.aiceh ayat,,,hehe.walaupun 3 hari tapi asa sedih pulak nak tingalkan bali nie utamanya supir Ali macam abang bagi kita orang.banyak bagi nasihat.sorang yang setia mendengar.buat kalian yang nak ke bali pastikan simpan duit sebanyak Rp150,000.00 tax untuk apa tak tau lah.Cik Nun memula nak try buat konon tak ada duit macam penah baca blog sorang nie dia kata tak kena bayar sebab tak ada duit.Cik Nun tak dapat nak buat sebab???hahaha..boleh guna Debit and Card Credit juga..Pandai kaut untungkan.bila naik ja atas flight nak balik ke Malaysia ada sedikit cerita yang agak lucu,dan Cik Nun nak juga cerita bab lawak.cerita dia macam ni,ada satu pasangan.yang laki ni nak duduk sebelah isteri dia.tapi di pisahkan sebab laki ni duduk belakang dan isteri dia di depan.dia punya lah nak hug pasangan dia ni.sampai tak duduk diam-diam.tangan dia masuk di celah bangku.asal dapat hug.kepala otak Cik Nun dok kata dia gila dah.nak romantic sangat..mau aku siku juga kang..haha..tapi bila fikir balik sweet sebenar nya.nak bagi korang bayangkan pun tak reti.tapi dua jam dia peluk pasangan dia dari belakang.tangan tersepit di celah bangku.tangan tu dah lah besar.tak sakit ke..?

GoodBye bALI!!


sedikit info buat semua.jika masa mencukupi Cik Nun suggest korang ke BANYUWANGI lebih kenali dengan Kawah Ijen dan juga G-Land.pada sesiapa yang suka sangat akan laut..ombak dia superlah!!peminat sufing memang wajib ke sini bab ombak dia.sebenar ramai tak tahu.dan Cik Nun sendiri tak tahu.Supir Ali yang bagi tahu.balik Cik Nun Cepat jer search Google.haaaa!!tudia..jatuh cinta dah..bayuwangi mu tunggu aku datang!!(bila tahun pulak)

Thursday 22 May 2014

Bali dan Pantai (Day 3)

HAPPY BIRTHDAY KAK AFFIDA!! Tepat jam 12.00 hotel bising dengan suara kami nyanyikan lagu khas untuk kak Affida!datang ke bali nie adalah pilihan kak Affida sendiri.sebab nak sambut birthday dia di sini.dan Cik Nun agak berbesar hati sebab dapat join dengan kak senior.tambah pula wishlist Cik Nun memang nak ke Bali.sambung ZzzzzzzzzzzzzZZZZZ

Boleh kata sepanjang hari ini kami akan berpusing melihat air..nak tahu kenapa meh kita layan apa yang Cik Nun nak melalot nie..Permulaan Pagi kami dengan Naik jambatan Ngurah Rai.jambatan ni nak seakan jambatan Pulau Pinang.tol dikenakan Rp10000

 


 Dalam perjalanan Mas Ali bawa kami lihat Ke hotel NUSA DUA,kawasan hotel lima star.kawasan di sini sangat tenang.tapi serius bagi Cik Nun tak ada apa yang menarik pun di sini.


Pintu Gerbang nak masuk Nusa Dua

Pantai Tanjung Benoa

Dekat sini Cik Nun agak sedih sebab tak try DIVING yg tak perlu pakai LESEN!arhhh…nyesal yang amat..dah balik baru tahu.so pada yang datang Bali try lah k!!di sebabkan kami tak nak main air langsung kami pilih ke TURTLE ISLAND.price dalam Rp165-170k pandai-pandai lah main tawar harga.sebelum sampai ke Pulau penyu kami di beri peluang beri ikan makan di tengah laut..setiap sorang di beri sekeping roti.

atas bot..layan angin sepoi-sepoiiiiiiii

 
 

Masa sampai ada box di tepi sebelum nak lihat penyu kena beri sikit derma sebanyak Rp5000.Ni kali pertama melihat penyu life and pegang.tapi Cik Nun sikit sebak bila lihat penyu tu macam nangis.ada air mata keluar…

 

Tenyata Cik Nun memang pencinta binatang..semuanya Cik Nun nak pegang,tapi ular!!letak jauh-jauh.comel tak penyu nie...??


 

Haaa...apa yang nak di curi tu...suka sangat ngan beg Camera Cik Nun..hehe

 Mas ali lepaskan kami untuk melihat Pantai Kuta,tapi Perut semua pakat joget lambak,so carilah makan..yang nampak halal pun Mc’Donalds.Malangnya Cik Nun BOIKOT dengan Mc'd.so mampu tahan perut jer lah.bagi Cik Nun kawasan ni memang tak akan tidur!pagi penuh dengan shopping nya malam penuh dengan club malam nya.so Cik Nun cadang sangat siapa yang nak datang bali nih elok benar lah haa menetap kawasan nie.di sebabkan malas telan air liur lihat 3 angel dok makan Cik Nun pun mula window shoping sesorang .Pusing-pusing dapat pun benda yang di cari.Fridge Magnet ala-ala Peta Bali.nak dapatkan fridge magnet cantik-cantik leh lah ke Shoping mall matahari.sebelah ja dengan Mc’donals.Semasa kami dalam perjalanan Cik Nun banyak sembang dengan Supir Ali kesian pula kalau dia penat dan mengantuk.tapi Cik Nun memang tak kan beri peluang mata Cik Nun untuk tutup.Kalau boleh tak mahu rugi melihat tempat orang.dalam perjalanan ke laut.. akan jumpa university dan juga tempat beribadat..laungan azan pembesar suara hanya pada hari Jumaat kata Supir Ali.Cik Nun tak snap picture pun sebab takut bateri nak abis.

PANTAI PANDAWA

Masuk kawasan ni sorang kena Rp5000.Lihat laut pun nak kaut untung ek?Terkejut Cik Nun lihat ombak kat sini.Cantiknya Ya Allah..tak caya leh scroll ke bawah ni

CANTIK TAK??

LIHAT AIR LAUT TU..CANTIK SANGAT!!



ULUWATU

 

Kalu datang bali tak sampai Uluwatu memang rugi besar,tempat ni famous sebab pemandangan tepi tembing melihat laut.Masa nak masuk akan di berikan kain untuk ikat di pingang.bila sebut ja uluwatu Cik Nun teringat akan blog-2 kawan.asik kata banyak monyet.risau tol Cik Nun.but now jangan risau,tak banyak dah monyet kat kawasan tu,bukan tak banyak yer..memang Cik Nun tak nampak langsung.dengar cerita dah kena tangkap sebab membahayakan pelancong.sementara tunggu tepat 6pm waktu mulanya pertunjukan Kecak Dance kami bergambar lah di tepi tembing yang awesome nih!!

lihat... ciptaan maha kuasa.. Subhanallah

Masa 6pm pun dah nak dekat.Mas ali cepat-cepat ajak kami cari tempat.sayang gila Cik Nun dekat mas Ali nih!dia punya lah dok cari tempat buat kami,untuk melihat matahari jatuh.tapi cuaca tak izinkan kami melihat.tak lama Kecak Dance pun berlangsung.nak lihat Kecak dance ni sorang Rp100,000.Pada 10 minit pertama agak bosan sebab tak abis-abis dok sebut

cak cak cak kecak kecak kecak cak cak cak kecak kecak

 

puja ayat serapah apa tak taw lah.sampai balik boleh hafal lagutu,,hahaha.yang lawak kak Arina boleh plak rakam and dengar berkali-kali..

Candle light di Jimbaran..

sepatutnya candle light dengan pasangan bercinta tapi candle light Cik Nun yang pertama kalinya bersama 3 kak-kak senior!hahaha..sebenar sebab nak sambut our birthday girl! Kak Affida!dan malam itu dalam perjalanan dari hotel Mas Ali hanya mampu berkata

aduhhh,,,aduhhh,,aduhh

tekanan apa?haha bia rasia antara kami..jom layan makanan candle light

 

Hard rock

 

Kami diberi peluang bergambar area Hard Rock.Supir Ali sangat baik dan tidak bekira sebab waktu kami sudah berlalu tapi dia tak kisah pun. Good Service mas Ali!!

bersambung...last day... =)

Friday 9 May 2014

Pak Supir Bali (DAY 2)

Salam...semua sihat dak tue..hehe..doa-doa sihat selalu lah yer..jom sambung kisah bali.Haa tajuk di atas mesti ramai yang tercari-cari kan?SUPIR BALI!Cik Nun nak promot Pak Supir semasa di Bali.aduh..pacar yg sangat gantang gitu(suami orang ok!!)takda chan la Cik Nun nak ngorat..hehehe..gatai!untuk pengetahuan semua siapa saja yang balik dari Bali sure puas hati dengan service oleh Pak Supir ni.serius bukan nak tipu,gelagat Pak supir yang sering buat kami berempat tak kering Gusi dibuat nya.Cik Nun pun dapat tahu oleh kawan yg rakeman kan.lain dan tak bukan  Novelis+muRni aQiLa yg Cik Nun kenal masa di korea dulu.So siapa yg nak ke bali boleh lah cari Supir Ali ni.bawah ni contact nya

 

Facebook : Ali Bali Tour Guide

Whatsapp : +6282145550057


Barong Dance

Permulaan pagi dengan Barong Dance di daerah kuta Jalan Bay Pas Ngurah Rai.dekat Bali sangat terkenal dengan Barong Dance ni..bayaran masuk Rp.100,000.Masa nak masuk mereka akan beri penonton sipnopsis cerita yang akan di mainkan.bagi Cik Nun baik baca dulu jalan cerita.tak baca maka tak fahamlah jalan cerita. ia mengisahkan kebaikan melawan kejahatan.sebenar tak adalah menari sangat pun.tapi lebihkan lakonan.

antara watak-watak barong Dance

 
Batik Sari Amerta

Cik Nun Pinjam Pak Cik Google punya picture..hehe

Dalam perjalanan kami berhenti Tohpati village..kawasan kaya dengan seni batik.so supir berhenti di SARI AMERTA.dekat sini kain batik lawa-lawa.memang rambang mata lah juga.dekat sini  kita dapat melihat proses pembuatan batik

Dewi’s  art gallery gold silver

Dewi’s gallery ni di kawasan kampong Celuk .dekat sini bagusnya apa yang dijual dia orang siap buat petunjukan hasil seni..

Tegalalang

Tegalalang ni di kawasan Ubud.jangan terkejut kalau kena bayar duit melihat padi ni yer. Rp5000 Jika datang bali jangan lupa nak melawat padi dia orang.memang agak beza dengan Malaysia.sebab padi di sini tanam dalam keadaan teres.tetiba teringat Geografi ini kah di panggil Padi Huma?balik Malaysia search bagai..dan jawapan nya adalah tidak,sebab padi huma tak guna air banyak..

Kintamani

Tiket masuk Kintamani Rp2000.sebab apa Cik Nun nak datang bali?ni lah salah satu sebabnya.Nak lihat GUNUNG BATUR.lihat dari jauh dah lah kan.mau letup gunung batur tu tak pasal..Hello gunung batur masih aktif okey!! lama dah tu.mau silap hari bulan meletop agak2 superman mana nak tolong 4 cewek Malaysia nie.jom makan dulu.jika Tanya tentang makanan dekat sini Cik Nun tak berani nak komen.tapi perut tengah lapar.makan lah.jenis makanan ala buffet.so makan la puas-puas.tak cukup pi lah tambah-tambah..sila tambah puas-puas.harga leh tahan mahai.sorang Rp121000.hehehe.

Kopi luwak Dewi Agrowisata

 
 

KOPI LUWAK.....

apa benda luwak tu?haa luwak tu ialah Musang ye.masa kami sampai di Dewi Agrowisata time tu hujan lebat sangat.so tak dapat lah nak snap picture prosesnya kopi luwak ni lebih-lebih.Pekerja di kedai luwak yang terangkan kami tentang luwak pun tak dapat nak kami dengar sebab kami semua dok risau kasut..hahaha.. Ni lah pelbagai jenis kopi.paling banyak habis kan kopi ni semua sudah tentu Cik Nun.tapi kopi luwak je tak sentuh.kepala otak asik dok fikir taik ja.mau tak kembang tekak.Kak kita tiga orang relax ja minum. semua kata rasa dia sangat pahit yang pasti pekat.so rajin2 lah tambah gula ya.harga Kopi Luwak adalah termahal yer..1 cawan harga Rp50000.


 

haaa...dgn penuh perhatiankan kak affida dengar penerangan abang tu..hehehe


 

kenalkan....jejaka sebelah Cik Nun namanya ALi....our supir

HOLY SPRING

Cuaca tak izinkan kami,hujan lebat sangat.……..tapi tak apalah datang sampai parking keta pun jadilah..hehehe...bila cakap tentang hujan,Pak Supir kata musim hujan ramai yang akan kawin..haha..musim hujan ek..kenapa lah musim hujan ek...???

 

KRISNA

 

Selalu siapa yang pergi bali pak supir mesti anta dekat krisna ni.kat sini pelbagai souvenir boleh dapat.leh kata murah juga la.lebih kurang macam Mydin juga la.bab memborong semestinya bukan Cik Nun.siapa yang pernah join jenjalan sure taw Cik Nun ni suka sangat “sep”hehe..bajet la..baru first day kot.tapi betul Cik Nun lebih gemar melihat tempat orang dari shopping bagai.Cik Nun ada ambil 2 bungkus key Chain untuk bawa pulang dekat staff tempat kerja.Cari Fridge Magnet tak jumpa. Cik Nun and kak yanty duduk luar tunggu kak affida dan Arina.boleh Cik Nun kata kan..OMG!!lepa borong sakan..kami pulang hotel masing-masing jadi  bler bab kira duit.banyak-banyak Negara mata wang Indonesia juga paling pening.siap download money converter dalam fon..

sambung...next entri bila pulak nak sambung..hehe

Friday 2 May 2014

Dapat Souvenir dari JM!!

ASSALAMUAILAIKUM (^-^)

 

Cik Nun Happy nie!!cuma nak bagitahu Cik Nun dapat Souvenir!!

it was my first Souvenir dari rakan blogger!

dan terharu sangat-sangat sebab souvenir datangnya dari

 JM!!

salah sorang blogger travel yang sangat tak sombong

Yeah...suasana suram muram dengan mengantuk dekat tempat kerja tukarkan Cik Nun

jadi HYPER AKTIF..! wahaha

Terima Kasih banyak-banyak yer JM..

nie dia souvenir Cik Nun dapat jauh dari JEPUN!!


 

dapat Mount Fuji Fridge Magnet

hurm..salah satu wishlish Cik Nun nak jejak ke Mt.Fuji

tetiba JM bagi Mt.fuji...hehe...

InsyaAllah..satu hari nanti...


BALI, INDONESIA

Assalamualaikum..dan salam 1 Rejab 1435H.berkarangan 1 malam nak abis kan 1 entri..huhu..sedih sangat Cik Nun tak dapat join kakak senior ke Pulau perhentian Ahad nie..sebab boss tak approve cuti =( so sebab tak nak hilangkan kenangan ke bali bulan febuari yang lalu jom layan travel Cik Nun ke BALI!!kalau cakap ja BALI semua pasangan akan fikir tentang honeymoon.eh..ke Cik Nun ja fikir macam tu?hehe..tapi tak semestinya pulau romantik ni buat pasangan ja kan.so abaikan trip 2013.Cik Nun nak pulun cerita awal 2014!!hehe..jom layan cerita bali pulak..

tiket flight dari LCCT ke Bali 2.35pm tapi sebab nak bajet Cik Nun pilih bertolak awal pagi dari Penang ke LCCT.lupa Cik Nun orang penang yer.dari Penang Cik Nun ambil penerbangan paling awal sekali.nak bajet lah sangatkan, buta ja kena denda dengan Air Asia Rm10 sebab datang lewat bording dah tutup.ambik kau!!so pengajaran buat Cik Nun..next time sure tak lambat dah.insyaAllah mungkin lebih berhati-hati.8 Febuari  my first travel in 2014!!Cik Nun dan kak +Iena Arryiena  bertolak dulu ke Bali sebab penerbangan kita orang awal dari kak +noor affida raffika mohamad nazari  dan kak +Yan Ty  maknanya kami tak sama Flight.Dari LCCT ke Bali mengambil masa dalam tiga jam.lama gak tu.hehe..Agak sedih tiap kali nak merasa NASI LEMAK PAK NASSER pasti tak dapat!!tulah nyesal juga tak order guna On-line.so makan NASI KUNING MANADO.boleh tahan sedap..mungkin sebab lapar sangat. 

Tak lama kemudian pramugari macam biasa bagi DEPARTURE CARD.

lagi 10 minit nak sampai ada lagu dan ucapan happy birthday dari crew untuk salah sorang dari penumpang.hurm pengalaman pertama dalam Flight.hahaha..bila sampainya kami berdua di Airport DENPASAR Cik Nun and kak Arina buat muka cuak..sebab?kami dua terkejut beruk bila ramai dok beratur ke post VISA..nampak tak permainan dia!!hahaha..okey sila jadi pandai yer..Malaysia tak perlu Visa nak masuk Bali ni haaa..Bila keluar pintu arrival macam biasa pasti ramai teksi..kami dua jalan sampai ke hujung.Sorang-sorang datang tawarkan harga.Last kami ambik juga teksi harga dari Aiport Denpasar ke hotel kami dalam Rp.75,000.00 silalah tawar menawar mungkin boleh dapat murah lagi.Selama tiga malam kami di Q-Hotel.Senang cerita Cik Nun book dengan AirAsiaGo so hotel + Flight dalam 400++ sahaja.ok sebenar agak murah la jugakan.tapi Cik Nun nak pesan sesuatu if beli dengan AirAsiaGo ni make sure lah pergi Search habis-habisan kawasan yang nak tinggal. nak pergi bali kalau boleh pilih hotel area Pantai KUTA. sebab kawasan kita orang tinggal ni tak ada apa pun yang menarik.jika pilih area Pantai Kuta boleh window shopping yang kaki social kelab malam fuh,,,blambak oiii!!sebab kawasan memang area mat salleh dok lepak-lepak..

taaadaaa!!ni lah bilik kami yang kecik dan tandas yg agak seksi sebab mandi leh Nampak 85% bayang body..aummm
 

Tak lama Cik kak Affida and Cik kak Yanty pun sampai.perut semua pakat bunyi.mula lah nak cari makan.seberang jalan berdekatan hotel kami tinggal ada kedai Nasi Padang. InsyaAllah kedai Nasi Padang di Bali banyak yang halal.Jika tak nak was-was boleh la lihat tanda halal di luar kedai.dalam kedai ini memang agenda sungguh..sebab Cowok-cowok Bali dok lihat kak yanty..rasa dia orang tegoda ngan kak yanty kot..hahaha.. habislah kalau kak yanty baca. kami hanya order teh  o ice atau lebih kenali sebagai ES Teh MANIS dan ES Teh TARIK  teh ais.kami semua tak selera langsung nak makan apa-apa.tak makan pun sebab punca lihat keropok KULIT LEMBU.Cik Nun memang tahu keropok tu di buat dari kulit lembu sebab masa ke Medan dulu banyak sangat boleh dapat keropok ni.


kemudian kami ke kedai sebelah.kedai ala-ala macam 7 eleven.Cik Nun memang tak faham dengan kalangan orang bali ni,sebab masa antara kami beli Air mineral duit tak ada.so cowok kedai tu tukarkan duit syiling dengan gula-gula,pandai buat sistem bater noh.so jangan lah anda anda anda jadi tipah tertipu dengan cara ini.pastikan duit kecik ada.

sekian..sambung nanti pula,,,

buat kak ain,yanty,affida n arina..happy holiday di perhentian =(