Sunday 10 August 2014

Melbourne and the Street (Part II)

Auucak!!wah dah berbulan tak datang blog sendiri.hehehe..salam Syawal semua.tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya..dan Kosong Kosong..biasalah Cik Nun agak busy  dua tiga menjak ni.nak karang pun ada sifat M.jom sambung cerita yang lepas agenda salah masuk kedai perut pun gelora so waktu pun dah 11am pergi lah Restoran Nelayan.Lepas dah kenyang Cik Nun terus jalan sampai lah jumpa Flinders Street Station tak sampai 5 minit pun.sebenar Cik Nun pun tak ada rancangan sangat pun.ingat nak abiskan pusing Bandar Melbourne ni ja lah.masa nak lintas jalan nampak Free City Circle Tram.tapi masih teragak-agak.risau lah juga kang salah naik tram.masa nak naik tram tu Cik Nun pun soal satu perempuan.City Circle tram?dia masuk buat muka ketat.Cik Nun cakap dengan tiang ke?dalam hati terfikir lah juga sama ada Cik Nun cakap english dia tak faham atau dia ni sombong!selamat lah ada sorang chinese guy yang kata “ya ya ya City Circle tram come come”.

picture nih pinjam pak cik Google punya yer..nih lah City Circle tram tu

bila masuk ja duduk menghadap perempuan tu.Cik Nun lihat ja dia tu.Rupanya dia bukan orang ausie sebab cakap macam orang jerman ja.patut lah dia macam selengeee ja tadi.oopppss terlebih sudah.dalam free tram ni kita orang pusing lah lihat sekeliling.Tetiba bunyi orang mengeruh.lihat sebelah baik punya ayah Cik Nun tengah tidur.hehe.Penat gamaknya.Semalaman tak tidur. Cik Nun pun tak tahu nak berhenti dekat mana.Nak kata tak ada maps tipu lah kan.peta tu Cik Nun sumbat dalam beg buat ikan perkasam.tak usik langsung.haha.Pengembara semua..sila jangan buat macam perangai Cik Nun ya.Sesat tak pasal!Last ajak ayah turun ja dari tram tu.Jalan memang sesak dengan manusia.siapa jiwa seni?silalah terbang datang Melbourne ni.Sepanjang jalan ada ja orang buat show.

Cik Nun agak teruja lihat mamat tiga orang ni.macam pelik.lama juga Cik Nun lihat.nak tahu orang betul ke or patung.
Jarang nak jumpa dekat Malaysia seni piring hitam dah kan?

sepanjang jalan ada ja tembok mesti ada ja hasil seni dekat Melben nih..

Cik Nun ajak ayah turun pun memang kena dengan tempat sebab jalan yang Cik Nun masuk tu syurga lelaki atau mat riders sekalian.sepanjang jalan ni ada kedai motor besar-besar.Sejam gak lah abiskan masa dekat sini.tambah pula ayah Cik Nun suka motor besar-besar ni semua.Cik Nun pun layan.tapi sorry..tak tahu apa nama jalan ni


Kenalkan my Daddy cool..hehehe

Selepas puas layan kita orang pun kembali ke Victoria market semula.kedai semua dah buka. pusing-pusing cuci mata.hati-hati taw dekat sini banyak sangat barang kulit contohnya macam jacket.tapi tak di tulis kulit apa.so pada yang akan datang ringan-ringan lah mulut bertanya.Ayah Cik Nun nyaris-nyaris  nak pegang jacket kulit tetiba penjual tu kata don’t touch that pig skin.perh..selamat tak pegang.dekat sini Cik Nun tak snap picture sangat pun sebab  sibuk window shopping.Beli tak pun..haha.tapi barang dekat sini murah lah juga.Cik Nun beli Fridge Magnet dekat area sini ja.dekat sini ramai juga yang tahu cakap melayu.

kulit kanggaroo yang ayah Cik Nun pegang tu lembut sangat!!

balik hotel tidur dalam sejam.serius agak penat.mungkin sebab tak tidur semalam.bila bangun lihat jam baru pukul 4 tapi macam dah dekat pukul 7. Serius Cik Nun suka sangat waktu malam di Melbourne ni.Macam-macam show di tepi jalan!

Ni lah dia Flinders Street Station ketika malam.di sebab kan Cik nun bukan lah jiwa snap picture so gambar pun boleh belacan pun boleh..hehe

dekat kawasan sekitar ni ada kuda ala-ala diraja..rasa macam ada dekat dalam istana pulak..
dari Federation Square boleh kelihatan Menara(spire)di Victoria Art Centre

okeh ni lah hari pertama Cik Nun di Melbourne.habis pun entri hari pertama.tunggu hari kedua pulak yer.doakan sifat M Cik Nun hilang..InsyaAllah..bye..





Sunday 22 June 2014

Melbourne (Part I)

Assalamualaikum semua..cuti sekolah 2 minggu ke mana ja?macamlah Cik Nun dapat cuti sekolahkan.hehe.balik pada tajuk di atas Cik Nun pilih ke Melbourne.Pada mulanya nak ke Sydney.nak sangat lihat VIVIT SYDNEY yang di tanyang sebulan pada setiap tahun.tapi cuti tak di luluskan.nagis-nagis bagai so tanpa fikir panjang Cik Nun beli lah tiket ke Melbourne selama 4 hari ja iaitu pada 7-11 june 2014.seharian di atas awan nano dan 4 hari di tanah kangaroo.cukup ke 4 hari ja?haha..ikot2 kan tak cukup pun.tapi Cik Nun gagah nak bagi cukup gak!sebab Cik Nun dah list tempat-tempat yang nak sangat pergi.antaranya Cik Nun ke Melbourne ni sebab nak lihat dengan mata sendiri Gread Ocean Road (GOR)bukan(GOV) yer.Cik Nun kali pertama ke KLIA 2 dan kali pertama juga naik Malindo Airlines.pada mulanya dari penang nak naik keretapi ja,tapi kawan Cik Nun bagitaw Malindo pergi tak sampai Rm60 pun.siap dapat free meal dan 15kg luggage free.
lain dari yang lain.cara keselamatan di tunjuk dalam screen

bila sampai ja KLIA 2 jadi peraakk semacam ja.jakun pun ada.sebab besar sangat.tak tahu nak kemana.Cik Nun bertolak dari KLIA2 ke Melbourne 1.40pm petang.asal petang bukan malam?angkara AirAsia buat promo.mana murah itu lah yang Cik Nun ambil.hehe.mata wang pulak.Cik Nun dapat tukar rm3.02 = 1 Aud.so siapa yang nak ke negara yang mata wang tinggi sila syampoo rambut anda supaya tak botak di tengah kepala!hahaha.ikotkan hati Cik Nun nak pergi sorang ja.macam blogger Kah Kiah suka travel tu.selamba dia ja leh.tak kan Cik Nun tak boleh plak kan!tapi ayah Cik Nun nak join.tak nak lepas anak dara dia travel sorang tapi bersebab,sebab apa?tunggu next entri.haha.naik ja flight kepala Cik Nun tak abis-abis dok jenguk ke laluan masuk.tercari-cari siapa lah yang akan duduk sebelah kerusi Cik Nun.bila orang terakhir masuk Cik Nun senyum kegembiraan sebab dapat duduk dua kerusi tanpa bersempit dengan orang lain.puas hati!masa dalam flight pramugari akan datang kasi Arrival Card.so kalau boleh korang jujur ja lah.kalau bawa makanan declare ja apa yang di bawa.kang tak pasal-pasal kena denda.macam ayat blogger Kaki Berangan yang Cik Nun tak tahan gelak bila dia taip “amat amat amat BODOH kalo tertangkap jugak akibat takmo declare”haha.


selepas 8 jam terbang akhirnya sampai juga Cik Nun di Negara kangaroo tu.Kalau naik AA flight akan mendarat di Tullamarine Airport.beza waktu di ausie ni cepat dua jam dari Malaysia.berdebar hati Cik Nun masa nak lepas dengan kastam.doa sangat tak ada apa-apa berlaku.kepala otak asik dok fikir macam mana lah nak lepas dari sini.sebab baca blog kawan ada kata anjing bau beg kita.takut gak mana tau si anjing naik minyak terkam Cik Nun ke.Alhamdulillah lepas juga tiga peringkat cek dan soal jawab.Cik Nun tak nampak pun anjing yang sering kawan blogger katakan.masa keluar ja dari arrival tu  Cik Nun tak tahu nak kemana sebab cuaca sejuk sangat.Cik Nun cadang tidur ja dulu dekat Airport.so kita orang cari surau.senang ja kalau nak cari surau ni.so caranya macam ni.korang keluar nampak ja post jual tiket skybus nanti ada pintu.dekat situ belok kanan jumpa dah surau.tapi laki perempuan campur.sampai ja Cik Nun cari bilik air.muka masam gila terpapar bila lihat dalam bilik air tak ada pili air.tak tahu pula yang ausie pun kedekut air.

dalam bilik air ada jual benda alah ni.macam best ja.
Cik Nun tidur kejap ja.terus ajak ayah pusing cari STARBUS.kenapa naik starbus bukan SKYBUS?okey Cik Nun nya hotel ada free airport transport if tidur tiga malam.Cik Nun tak nak rugi 18 Aud so tunggu lah sampai pukul 6am.cari punya cari.tak jumpa-jumpa post yang jual tiket STARBUS ni.dah lah sejuk.last Cik Nun masuk dalam nak ke surau ada papan tulis nama hotel.bawah nampak STARBUS.owh patut lah tak nampak starbus tu.rupanya kena call.Free ja call ni.
boleh book hotel dari sini
disebabkan datang Melbourne bukan untuk tidur.so Cik Nun tinggal di DISCOVERY MELBOURNE.buat bagpackers memang sesuai lah.murah juga.tapi tak semurah Malaysia Hall.tiga malam kami tingal 203 Aud.mahal??if nak murah tidur bilik dorm.tapi Cik Nun dengan ayah.nak la bagi selesa.tapi buat yang nak tidur sini make sure korang minta dekat dengan bilik air.sebab bilik air di luar.kang jadi macam bilik Cik Nun dapat jauh dari bilik air.dah lah sunyi sepi ja keadaan sekeliling.mana hotel pun sama ja.tapi..bilik air dia orang Cik Nun letak lima bintang,cantik sangat.tapi tak snap picture pun.bab takut lama-lama dalam tandas yang sunyi sepi tu.kang ada pulak yang nak inter frame

hotel ni dekat sangat dengan VICTORIA MARKET.Market ni serius besar.sampai naik lenguh kaki.

lepas pusing Cik Nun pun ke Swanston Street nak cari travel agen ke Gread Ocean.mungkin setengah orang lebih puas pergi sendiri.tapi ada baca setengah blogger kata jalan dia berliku-liku.sebenar tak ada lah liku-liku mana pun.lain la jalan Balik Pulau ke Teluk Bahang Penang.Nak juga naikkan nama negeri sendiri.hehe.tapi baik ambil tour if nak lihat pemandangan kan.tak la tumpu perhatian kat jalan raya ja.pada siapa yang nak senang cari makan ada satu Restoran Nelayan.waktu operasi  11am.

berdepan Restoran Nelayan tu Cik Nun lihat ada Tour ExtraGreen yang Cik Nun dapat tahu dari blog Kak Kiah suka travel.tapi  kak kiah kata tak suka travel ajen ni.So disebabkan Cik Nun datang on bajet Cik Nun cadang nak ikot juga tour tu ja asal dapat lihat Gread Ocean.bila masuk Cik Nun pun tanya lah harga ke GOR.sebelum orang tu bagitahu harga dia kata yang service dia orang just cakap cina.tapi if tak faham boleh tanya tour guide.baru Cik Nun nak angguk kepala,terus orang tu kata kalau tak nak boleh cari tour lain.tenganga besar Cik Nun bila dia cakap macam tu.nak ja ambil tong sampah depan Cik Nun ketuk-ketuk kepala dia.disebabkan harga yang ditawarkan sangat murah Cik Nun ikot juga tour tu.45 Aud ja.murah tak?memang murah la.Cik Nun datang sini salah satu nak ke MOUNT BULLER.Nak main ski la konon.macam Scha alyahya dan Awal Ashaari tu.bila tanya orang tu kata snow tak ada lagi dekat Mt Buller tu.padahal Cik Nun lihat dalam laman web 7-9 June opening!sedih tak terkata lah.Dulu ke Beijing nak main ski snow dah habis.ke korea salah musim.Kali ni pulak snow tak turun lagi..! kecewa!kecewa!kecewa! so dah tak ada Mt Buller pilih ke Philips Island ja lah.harga sama 45Aud juga.keluar dari kedai tu Cik Nun merongot sakan.sebab lihat pameran cermin patung pakai baju ski sakan.lepas tu ayah Cik Nun baru kata “ni kedai ni punya.tadi kedai tu punya.mana sama”bila lihat sign board kedai di atas Ya Allah Cik Nun bukan masuk kedai ExtraGreen tu!tapi Odyssey Travel kedai sebelahan ja.

ayah Cik Nun tak nak bagi mood Cik Nun down dia pun kata tak yah la bazir.kang pergi memang tol tak ada snow lagi.haha..ok lah sambung next entri nanti ja lah ya..sebelum tu Cik Nun nak ucap terima kasih kepada Pak Lang Mie hadiahkan Cik Nun souvenir dari Melbourne dan Sydney.asal lah Pak Lang Mie pergi awal kalau tak boleh kenalan ngan anak dia yang ensem tu...*owh gatainya!hahaha. Lawak ja.




Friday 30 May 2014

Bali last day

Assalamualaikum..sihat tak semua..doa sihat lah...jangan terlebih sihat macam Cik Nun udahlah..kang susah plak nak mendietkan diri..haha..jom sambung last day di tanah bali.seriusnya Cik Nun agak sedih ari last nie sebab antara tempat yang Cik Nun travel Bali the best la.mungkin salah satu sebab with kakak senior dan juga Pak Supir yang sangat sekepala!!okey untuk last day nie kami ke Utara bali..yeah..saya orang utara Malaysia..hehe

 

BEDUGUL

tasik bratan tasik nie kedua terbesar di bali.harga tiket sorang Rp7000.ada satu kuil yang terletak atas permukaan tasik nie.pemandangan sangat cantik sebab tasik nie menghadap ke Gunung Bratan dan Gunung Catur.masa syok layan bergambar.hujan turun lebat sangat dan tak sampai 5 minit stop pula hujan tue..ini angkara Raja Katak nak panggil teman tiga orang nie..hahahaha!!!

Sang Puteri bersama Raja Katak..hahahaha...
 

 
ala-ala korea gitue..haha

masa nak ke tempat parking Cik nun gelak besar bila lihat teksi yang agak unik sebab kali pertama lihat.dekat Malaysia tak penah lihat lagi.bagus lah kat Malaysia tak ada pun.di sebabkan sekarang tengah hot dekat si hidung besaq ni.Cik Nun nak tunjuk lah apa yang Cik Nun lihat nie...

apa yang di lihat dekat teksi tu???
sebelum sambung cerita,serius Cik Nun AGAK KECEWA DENGAN SYARIKAT CADBURY!!dengan berita yang cukup menyedihkan!!kenapalah sangup buat macam ni!!!arhhhhhh!!!pasni tak nak makan dah walaupun di sah HALAL!!
 

TANAH LOT

 
 
 
siapa pernah pergi Gread Ocean View Melbourne??cuba cari apa yg sama??hehe

harga masuk tanah lot sorang Rp8000.dekat sini laut dia tak lah cantik macam dekat pantai pendawa tu.tapi mungkin dijadikan tempat pelancongan sebab ada satu kuil yang di tengah laut.ramai juga ke tengah laut tu.bila pergi akan di letak beras di dahi,Cik Nun tak pergi pun.lihat dari jauh ja.

aksi melampau..haha..with kak +Yan Ty krik..krik..krik.. 

Pantai Kuta

masa perjalanan nak ke pantai kuta Supir Ali asik lihat matahari ja.ligan masa gamaknya.sebab dia nak sangat kami lihat sunset dekat bali.tapi tak da rezeki juga sebab jalan jem.Dari hari pertama lagi Supir Ali asik bawa ke town kuta ni sebab nak suruh lihat pantai kuta ni tapi kami macam malas nak jalan so tak juga pergi.hari akhir di paksa juga oleh supir Ali dan bila lihat ja suasana Pantai bali baru tahu kenapa supir Ali nie nak sangat kami lihat sebab suasana dia memang cantik! tenang! bunyi ombak dia jer macam lagu Ombak rindu..hehehe.senang kata kalau mai bali nie mai lah jenguk pantai bali ni.Sampai ja airport ralat sangat jiwa raga.aiceh ayat,,,hehe.walaupun 3 hari tapi asa sedih pulak nak tingalkan bali nie utamanya supir Ali macam abang bagi kita orang.banyak bagi nasihat.sorang yang setia mendengar.buat kalian yang nak ke bali pastikan simpan duit sebanyak Rp150,000.00 tax untuk apa tak tau lah.Cik Nun memula nak try buat konon tak ada duit macam penah baca blog sorang nie dia kata tak kena bayar sebab tak ada duit.Cik Nun tak dapat nak buat sebab???hahaha..boleh guna Debit and Card Credit juga..Pandai kaut untungkan.bila naik ja atas flight nak balik ke Malaysia ada sedikit cerita yang agak lucu,dan Cik Nun nak juga cerita bab lawak.cerita dia macam ni,ada satu pasangan.yang laki ni nak duduk sebelah isteri dia.tapi di pisahkan sebab laki ni duduk belakang dan isteri dia di depan.dia punya lah nak hug pasangan dia ni.sampai tak duduk diam-diam.tangan dia masuk di celah bangku.asal dapat hug.kepala otak Cik Nun dok kata dia gila dah.nak romantic sangat..mau aku siku juga kang..haha..tapi bila fikir balik sweet sebenar nya.nak bagi korang bayangkan pun tak reti.tapi dua jam dia peluk pasangan dia dari belakang.tangan tersepit di celah bangku.tangan tu dah lah besar.tak sakit ke..?

GoodBye bALI!!


sedikit info buat semua.jika masa mencukupi Cik Nun suggest korang ke BANYUWANGI lebih kenali dengan Kawah Ijen dan juga G-Land.pada sesiapa yang suka sangat akan laut..ombak dia superlah!!peminat sufing memang wajib ke sini bab ombak dia.sebenar ramai tak tahu.dan Cik Nun sendiri tak tahu.Supir Ali yang bagi tahu.balik Cik Nun Cepat jer search Google.haaaa!!tudia..jatuh cinta dah..bayuwangi mu tunggu aku datang!!(bila tahun pulak)

Thursday 22 May 2014

Bali dan Pantai (Day 3)

HAPPY BIRTHDAY KAK AFFIDA!! Tepat jam 12.00 hotel bising dengan suara kami nyanyikan lagu khas untuk kak Affida!datang ke bali nie adalah pilihan kak Affida sendiri.sebab nak sambut birthday dia di sini.dan Cik Nun agak berbesar hati sebab dapat join dengan kak senior.tambah pula wishlist Cik Nun memang nak ke Bali.sambung ZzzzzzzzzzzzzZZZZZ

Boleh kata sepanjang hari ini kami akan berpusing melihat air..nak tahu kenapa meh kita layan apa yang Cik Nun nak melalot nie..Permulaan Pagi kami dengan Naik jambatan Ngurah Rai.jambatan ni nak seakan jambatan Pulau Pinang.tol dikenakan Rp10000

 


 Dalam perjalanan Mas Ali bawa kami lihat Ke hotel NUSA DUA,kawasan hotel lima star.kawasan di sini sangat tenang.tapi serius bagi Cik Nun tak ada apa yang menarik pun di sini.


Pintu Gerbang nak masuk Nusa Dua

Pantai Tanjung Benoa

Dekat sini Cik Nun agak sedih sebab tak try DIVING yg tak perlu pakai LESEN!arhhh…nyesal yang amat..dah balik baru tahu.so pada yang datang Bali try lah k!!di sebabkan kami tak nak main air langsung kami pilih ke TURTLE ISLAND.price dalam Rp165-170k pandai-pandai lah main tawar harga.sebelum sampai ke Pulau penyu kami di beri peluang beri ikan makan di tengah laut..setiap sorang di beri sekeping roti.

atas bot..layan angin sepoi-sepoiiiiiiii

 
 

Masa sampai ada box di tepi sebelum nak lihat penyu kena beri sikit derma sebanyak Rp5000.Ni kali pertama melihat penyu life and pegang.tapi Cik Nun sikit sebak bila lihat penyu tu macam nangis.ada air mata keluar…

 

Tenyata Cik Nun memang pencinta binatang..semuanya Cik Nun nak pegang,tapi ular!!letak jauh-jauh.comel tak penyu nie...??


 

Haaa...apa yang nak di curi tu...suka sangat ngan beg Camera Cik Nun..hehe

 Mas ali lepaskan kami untuk melihat Pantai Kuta,tapi Perut semua pakat joget lambak,so carilah makan..yang nampak halal pun Mc’Donalds.Malangnya Cik Nun BOIKOT dengan Mc'd.so mampu tahan perut jer lah.bagi Cik Nun kawasan ni memang tak akan tidur!pagi penuh dengan shopping nya malam penuh dengan club malam nya.so Cik Nun cadang sangat siapa yang nak datang bali nih elok benar lah haa menetap kawasan nie.di sebabkan malas telan air liur lihat 3 angel dok makan Cik Nun pun mula window shoping sesorang .Pusing-pusing dapat pun benda yang di cari.Fridge Magnet ala-ala Peta Bali.nak dapatkan fridge magnet cantik-cantik leh lah ke Shoping mall matahari.sebelah ja dengan Mc’donals.Semasa kami dalam perjalanan Cik Nun banyak sembang dengan Supir Ali kesian pula kalau dia penat dan mengantuk.tapi Cik Nun memang tak kan beri peluang mata Cik Nun untuk tutup.Kalau boleh tak mahu rugi melihat tempat orang.dalam perjalanan ke laut.. akan jumpa university dan juga tempat beribadat..laungan azan pembesar suara hanya pada hari Jumaat kata Supir Ali.Cik Nun tak snap picture pun sebab takut bateri nak abis.

PANTAI PANDAWA

Masuk kawasan ni sorang kena Rp5000.Lihat laut pun nak kaut untung ek?Terkejut Cik Nun lihat ombak kat sini.Cantiknya Ya Allah..tak caya leh scroll ke bawah ni

CANTIK TAK??

LIHAT AIR LAUT TU..CANTIK SANGAT!!



ULUWATU

 

Kalu datang bali tak sampai Uluwatu memang rugi besar,tempat ni famous sebab pemandangan tepi tembing melihat laut.Masa nak masuk akan di berikan kain untuk ikat di pingang.bila sebut ja uluwatu Cik Nun teringat akan blog-2 kawan.asik kata banyak monyet.risau tol Cik Nun.but now jangan risau,tak banyak dah monyet kat kawasan tu,bukan tak banyak yer..memang Cik Nun tak nampak langsung.dengar cerita dah kena tangkap sebab membahayakan pelancong.sementara tunggu tepat 6pm waktu mulanya pertunjukan Kecak Dance kami bergambar lah di tepi tembing yang awesome nih!!

lihat... ciptaan maha kuasa.. Subhanallah

Masa 6pm pun dah nak dekat.Mas ali cepat-cepat ajak kami cari tempat.sayang gila Cik Nun dekat mas Ali nih!dia punya lah dok cari tempat buat kami,untuk melihat matahari jatuh.tapi cuaca tak izinkan kami melihat.tak lama Kecak Dance pun berlangsung.nak lihat Kecak dance ni sorang Rp100,000.Pada 10 minit pertama agak bosan sebab tak abis-abis dok sebut

cak cak cak kecak kecak kecak cak cak cak kecak kecak

 

puja ayat serapah apa tak taw lah.sampai balik boleh hafal lagutu,,hahaha.yang lawak kak Arina boleh plak rakam and dengar berkali-kali..

Candle light di Jimbaran..

sepatutnya candle light dengan pasangan bercinta tapi candle light Cik Nun yang pertama kalinya bersama 3 kak-kak senior!hahaha..sebenar sebab nak sambut our birthday girl! Kak Affida!dan malam itu dalam perjalanan dari hotel Mas Ali hanya mampu berkata

aduhhh,,,aduhhh,,aduhh

tekanan apa?haha bia rasia antara kami..jom layan makanan candle light

 

Hard rock

 

Kami diberi peluang bergambar area Hard Rock.Supir Ali sangat baik dan tidak bekira sebab waktu kami sudah berlalu tapi dia tak kisah pun. Good Service mas Ali!!

bersambung...last day... =)

Friday 9 May 2014

Pak Supir Bali (DAY 2)

Salam...semua sihat dak tue..hehe..doa-doa sihat selalu lah yer..jom sambung kisah bali.Haa tajuk di atas mesti ramai yang tercari-cari kan?SUPIR BALI!Cik Nun nak promot Pak Supir semasa di Bali.aduh..pacar yg sangat gantang gitu(suami orang ok!!)takda chan la Cik Nun nak ngorat..hehehe..gatai!untuk pengetahuan semua siapa saja yang balik dari Bali sure puas hati dengan service oleh Pak Supir ni.serius bukan nak tipu,gelagat Pak supir yang sering buat kami berempat tak kering Gusi dibuat nya.Cik Nun pun dapat tahu oleh kawan yg rakeman kan.lain dan tak bukan  Novelis+muRni aQiLa yg Cik Nun kenal masa di korea dulu.So siapa yg nak ke bali boleh lah cari Supir Ali ni.bawah ni contact nya

 

Facebook : Ali Bali Tour Guide

Whatsapp : +6282145550057


Barong Dance

Permulaan pagi dengan Barong Dance di daerah kuta Jalan Bay Pas Ngurah Rai.dekat Bali sangat terkenal dengan Barong Dance ni..bayaran masuk Rp.100,000.Masa nak masuk mereka akan beri penonton sipnopsis cerita yang akan di mainkan.bagi Cik Nun baik baca dulu jalan cerita.tak baca maka tak fahamlah jalan cerita. ia mengisahkan kebaikan melawan kejahatan.sebenar tak adalah menari sangat pun.tapi lebihkan lakonan.

antara watak-watak barong Dance

 
Batik Sari Amerta

Cik Nun Pinjam Pak Cik Google punya picture..hehe

Dalam perjalanan kami berhenti Tohpati village..kawasan kaya dengan seni batik.so supir berhenti di SARI AMERTA.dekat sini kain batik lawa-lawa.memang rambang mata lah juga.dekat sini  kita dapat melihat proses pembuatan batik

Dewi’s  art gallery gold silver

Dewi’s gallery ni di kawasan kampong Celuk .dekat sini bagusnya apa yang dijual dia orang siap buat petunjukan hasil seni..

Tegalalang

Tegalalang ni di kawasan Ubud.jangan terkejut kalau kena bayar duit melihat padi ni yer. Rp5000 Jika datang bali jangan lupa nak melawat padi dia orang.memang agak beza dengan Malaysia.sebab padi di sini tanam dalam keadaan teres.tetiba teringat Geografi ini kah di panggil Padi Huma?balik Malaysia search bagai..dan jawapan nya adalah tidak,sebab padi huma tak guna air banyak..

Kintamani

Tiket masuk Kintamani Rp2000.sebab apa Cik Nun nak datang bali?ni lah salah satu sebabnya.Nak lihat GUNUNG BATUR.lihat dari jauh dah lah kan.mau letup gunung batur tu tak pasal..Hello gunung batur masih aktif okey!! lama dah tu.mau silap hari bulan meletop agak2 superman mana nak tolong 4 cewek Malaysia nie.jom makan dulu.jika Tanya tentang makanan dekat sini Cik Nun tak berani nak komen.tapi perut tengah lapar.makan lah.jenis makanan ala buffet.so makan la puas-puas.tak cukup pi lah tambah-tambah..sila tambah puas-puas.harga leh tahan mahai.sorang Rp121000.hehehe.

Kopi luwak Dewi Agrowisata

 
 

KOPI LUWAK.....

apa benda luwak tu?haa luwak tu ialah Musang ye.masa kami sampai di Dewi Agrowisata time tu hujan lebat sangat.so tak dapat lah nak snap picture prosesnya kopi luwak ni lebih-lebih.Pekerja di kedai luwak yang terangkan kami tentang luwak pun tak dapat nak kami dengar sebab kami semua dok risau kasut..hahaha.. Ni lah pelbagai jenis kopi.paling banyak habis kan kopi ni semua sudah tentu Cik Nun.tapi kopi luwak je tak sentuh.kepala otak asik dok fikir taik ja.mau tak kembang tekak.Kak kita tiga orang relax ja minum. semua kata rasa dia sangat pahit yang pasti pekat.so rajin2 lah tambah gula ya.harga Kopi Luwak adalah termahal yer..1 cawan harga Rp50000.


 

haaa...dgn penuh perhatiankan kak affida dengar penerangan abang tu..hehehe


 

kenalkan....jejaka sebelah Cik Nun namanya ALi....our supir

HOLY SPRING

Cuaca tak izinkan kami,hujan lebat sangat.……..tapi tak apalah datang sampai parking keta pun jadilah..hehehe...bila cakap tentang hujan,Pak Supir kata musim hujan ramai yang akan kawin..haha..musim hujan ek..kenapa lah musim hujan ek...???

 

KRISNA

 

Selalu siapa yang pergi bali pak supir mesti anta dekat krisna ni.kat sini pelbagai souvenir boleh dapat.leh kata murah juga la.lebih kurang macam Mydin juga la.bab memborong semestinya bukan Cik Nun.siapa yang pernah join jenjalan sure taw Cik Nun ni suka sangat “sep”hehe..bajet la..baru first day kot.tapi betul Cik Nun lebih gemar melihat tempat orang dari shopping bagai.Cik Nun ada ambil 2 bungkus key Chain untuk bawa pulang dekat staff tempat kerja.Cari Fridge Magnet tak jumpa. Cik Nun and kak yanty duduk luar tunggu kak affida dan Arina.boleh Cik Nun kata kan..OMG!!lepa borong sakan..kami pulang hotel masing-masing jadi  bler bab kira duit.banyak-banyak Negara mata wang Indonesia juga paling pening.siap download money converter dalam fon..

sambung...next entri bila pulak nak sambung..hehe