Sunday 10 May 2015

Misiku ke separuh benua Eropah tercapai?


Bila sampai...baruku tahu...
Perjalanan Eropah pembuka tirai 2015



Paris

London


Rome

Pisa
Venice

ceng..ceng...sampai gak ke europe nih..doa kan Cik Nun habiskan entri ni yer..kalau nak cerita memang nak sangat kongsi manis pahit masam dekat eropah nih!tak banyak hari pun 11 hari ja di sana.InsyaAllah ketemu lagi kita...

Sunday 15 March 2015

Phillip Island dan hari Ceria!


9 June 2014..Happy Birthday Princess Victoria and Happy Birthday to me!!Cik Nun sebenarnya pilih bulan june sebab nak rasa sendiri sambut birthday di negara orang.Asik lihat geng-geng blogger lain jer sambut birthday dekat negara orang Cik Nun pun nak merasa.hahaha.Pepagi lagi Cik Nun jalan dengan ayah ke kedai travel agent tu.Bila masuk ja kedai tu Cik Nun duduk depan kaunter tiba-tiba pemandu pelancong pun masuk dalam kedai.Dia pun soal hye young lady how are you?where you come from?terus Cik Nun jawab ya Malaysia!tetiba dia balas apa khabar?Cik Nun lihat muka dia dan senyum dalam hati plak memang dah agak mesti ayat tu ja apek ni taw.Dah dia lihat Cik Nun senyum dia pun kata “saya orang Singapore”.Ah sudah apek ni taw cakap melayu!selamat tak merepek cakap melayu dengan dia tadi.Pada orang Malaysia yang rasa nak datang boleh la join ngan travel agen ni.Tak pulun nak liat lidah cakap omputehhh kan!hehe.Bila lihat ja transport yang kami naik dari jauh Cik Nun dah senyum panjang.Memang puas hati sebab kami naik bus travel yang kecik.Tak ramai orang pun tak salah Cik Nun boleh muat dalam 20 orang.Syukur sebab tak rasa bising

   
Ok first stop hari ini adalah Phillip Island Chocolate Factory.



Masa sampai ja Cik Nun lihat sekeluarga orang melayu.Ayah Cik Nun pun mula la sembang dengan salah sorang tu.Cik Nun asik lihat ja sorang laki ni.Macam penah lihat tapi tak ingat siapa.Lepas agenda puas snap picture dekat luar Cik Nun pun masuk dalam kawasan kilang bahagian jual coklat.Cik Nun tak masuk pun kilang untuk lihat cara buat coklat ni. Masa masuk kedai kepala otak asik fikir lagi siapa laki tadi rasa tak puas hati plak selagi tak dapat teka.siapa laki tu.Akhirnya dapat pun jawapan.Siapa peminat tegar Pencetus Ummah?angkat tangan sat.hehe.Ya lelaki tadi adalah PU Hafiz.Kecik ja dunia ni kan.
 
Orang-orang dalam picture Cik Nun sorokkan yer...jaga privasi orang lain..

kasut buat dari Coklat..dasyattt

Stop kedua salah satu mimpi Cik Nun tapi bukan mimpi sebab cubit paha terasa.hehe.Cik Nun nak peluk dengan kangaroo akhirnya dapat juga.Kami ke Maru Koala & Animal Park.


Ok dekat sini memang best walaupun pada mulanya Cik Nun rasa takut bila nampak kangaroo datang lompat dekat Cik Nun,tapi tak semua yang serbu datang sebab semua pakat nak rest ja.Maybe dah terlalu puas makan.Ok sikit ja picture boleh upload sebab semua picture dalam phone dan yang sakit hati bila balik Malaysia Cik Nun tak transfer pic tu semua dalam laptop phone kena virus abis rosak memori card..waaaa abis semua pic Cik Nun!!!Ni haa kangaroo n koala yang suka tidoq ja keja


Last stop for today Phillip Island nak tengok penguin.Jom layan pic yang Cik Nun Snap dalam perjalanan ke Phillip Island nih.

 
Dah sampai tak dapat nak snap picture sebab nak jaga haiwan ni yang makin pupus.Korang agaklah kan bila kata “JANGAN” orang akan ikut ke tak?lagi kata jangan lagi lah nak buat kan?hahaha.Sebenar Cik Nun ada lah nak snap picture guna phone sebab tak guna flash pun so apa salahnya?setahu Cik Nun mata penguin akan rosak sebab flash camera.So niat jahat pun datang.Baru sekeping Cik Nun snap!ceng..ceng..ceng..ketaq satu badan.kenapa yer?Cik Nun kena jerkah kauu kauu punya dengan sorang omputeh nih.dengan selamba jalan cepat-cepat buat muka bodoh tak toleh dah belakang!haha padan dengan muka Cik Nun nak sangat buat jahat.So moral of the story is..Jangan lah buat okey.Cik Nun kira selamat sebab kena marah dengan pelancong.Kalau kena dengan pegawai dekat sana alamatnya kena bayar denda.Berapa tak ingat tapi memang banyak lah senang cerita.Owh ya..sebelum lupa pada yang nak datang sini make sure pakai baju tebal okey sebab sejuk sangat ketaqqqq badan Cik Nun!haa tudia kua dah bahasa penang.hehe.
Masa balik dekat City Cik Nun dengan ayah lapar sangat.Cik Nun ajak ayah makan dekat Lord of The Fries.Makan pun sebab nak rasa ubi kentang yang sering geng-geng blogger kata kan.Ya sedap la juga.Mana tak nya Ayah Cik Nun belanja birthday girl.gila tak sedap.hehehe.Dekat belakang kedai ni ada kedai kebab.Kebab dia sangatlah besar makan share pun cukup
share berdua ngan ayah Cik Nun
 ok...SAMBUNG nanti tatata...

Wednesday 11 March 2015

Day 2 Melbourne



Hye..salam ingatan buat semua.Lama tol tak singgah blog sendiri.Sejujurnya Cik Nun bukanlah sorang yang rajin berkarang bagai.Ikutkan hati Cik Nun macam nak delete ja blog ni.Tapi bila difikirkan balik kenapa perlu delete sedangkan yang baca blog ni semestinya kaki travel kaki melancong kaki round.Kalau delete blog ni sah tak dapat nak kongsikan apa-apa mengenai travel dah.Nak share dengan siapa lagikan?cakap dengan orang sekeliling Cik Nun ada yang fikir kita ni nak menunjuk nunjuk konon dapat jejak kaki luar Negara.Padahal just nak share dengan dia orang apa yang kita lihat apa yang kita rasa tapi tiada siapa mengerti jiwa kaki travel ni..aiceh ayat..haha..disebabkan tak ada masa nak berkarang hanya mampu baca blog kawan-kawan lain tanpa tinggal komen sebab utama takut yang menanya bila nak update blog.Macam mana pun Cik Nun akan habiskan cerita Melbourne tahun 2014 yang tak habis-habis episode!muahaha..

Owh ya sebelum sambung kisah Melbourne ni Cik Nun nak share satu perkara happy dan satu perkara agak sedih.cerita yang happy dulu la nohh!!Happy sangat disebabkan oleh sorang blogger yang baik hati sebab hadiahkan souvenir kepada Cik Nun.Walaupun dah berbulan lamanya hadiah ni Cik Nun dapat baru nak post.hehe.Siapakah?lain dan tak bukan SITI YANG MENAIP.hye..hye CT!!! terima kasih ye!!Suka sangat souvenir tu semua.Paling syok bila dapat fridge Magnet dan poskad tu!!

Yang sedihnya pula sorang peneman travel Cik Nun jatuh sakit.yaa dia adalah ayah Cik Nun.Awal Disember 2014  ayah Cik Nun diserang sakit strok dan keseluruhan badan sebelah kiri lumpuh tapi Alhamdulillah kini ayah Cik Nun makin pulih.Cik Nun doa sangat ayah Cik Nun sembuh..Kata orang semangat itu penting..Susah senang sakit sihat semua datang dari yang satu maka kita kenalah banyak bersyukur.

Haa..jom lah Cik Nun belanja sambungan di Melbourne ye.Hari kedua di Melbourne ni Cik Nun pilih nak merasa naik kereta api dan merasai suasana hijau di melbourne tu.so Cik Nun pilih hari Ahad.kenapa hari ahad?untuk pengatahuan semua 97% Cik Nun refer blog kawan-kawan tentang Melbourne.korang sedar tak dari first day Cik Nun nak bajet ja kan.Nak jalan jejauh tapi nak kedekut sokmo.betul tak?haha.tapi nak bajet memang kena kedekut asal berbaloi.semua orang ada cara travel masing-masing.Di sebabkan nak murah Cik Nun pilih ke Belgrave hari ahad.sebab?Cik Nun ada baca blog tentang SUNDAY SAVER.tiket tu boleh guna semua public transport.hanya pada 3.20 Aud..berbaloi kan??tapi sayang,untuk pengetahuan semua Sunday Saver TAK lagi boleh digunakan.maknanya memang tak ada Sunday saver dah di Melbourne tu.Cik Nun tak langsung baca or search tentang kad Myki so tak dapat lah nak explain tentang card tu.Nak tak nak terpaksa lah bawa keluarlah juga 12Aud.kad ni berharga 6Aud dan dia topup 6Aud.Orang tu cakap boleh guna semua public transport untuk seharian.Tak nak fikir dah jom kita Puffing Billy!!Cara nak kesana senang ja..kalau di flinder street ambil Platform No 2. Jika risau lihat ja papan tanda.
Ke Puffing Billy kena ke station akhir iaitu Belgrave.bila dah sampai jangan risau..kalau tak reti nak jalan.Lihat bawah ada line biru ikot ja.

Tiket Cik Nun ada 10% discount.Sebab hotel yang Cik Nun tinggal tu dia ada beri so jimat la sikit kan.seppp duit den..
Hari ni Cik Nun nak kena ligan masa sikit.Cik Nun ambil tiket return ke Menzies.walaupun dekat tapi dapat juga merasa.Layan sikit picture dari tangan yg kurang seni nih..


Dalam rancangan hari ini nak ke Brighton Bathing Box so Cik Nun dari Station Belgrave berhenti di Station Richmond untuk petukaran.Sesudah sampai Cik Nun lihat platform ni sunyi sangat.Cik Nun ke platform sebelah dan tanya sorang lelaki pakistan yang sangat ramah dan sangatlah membantu,dia kata platform tu tutup sebab hari ini ahad.Orang tak ramai guna.Macam nak nagis ja dengar.Bila dia lihat muka Cik Nun yang sebek teros bawa Cik Nun jumpa sorang security perempuan.Cara security tu cakap adohaiii macam singa ja.Kesian laki pakistan yang tolong Cik Nun tu. Padahal dia nak tolong tanya cara nak kesana ja.Bila Cik Nun dengar nak kena naik bus teros tak berani.Walaupun ada ayah teman tapi perasan nak mencuba hilang.Tak berani nak mencuba.Salah satu sebab Cik Nun tak nak pergi kerana waktu tu dalam 3.20pm.Kalau jumpa bus pergi tak pa.Takut tak jumpa bus balik.haha.Ambil keputusan ke harbour town ja.
dekat sini satu makanan pelik yang Cik Nun jumpa.tapi tak belilah sekadar snap picture.tadaaaa isi buaya..tak tahu pulak buaya boleh makan.haha.

So hari ketiga akan bersambung...In sya Allah  pasti sebelum bulan empat 2015 sebab ada cerita baru nak share..kemana?haaa tunggu ja lah..tata!