Friday 25 April 2014

Korea,Day 2

Jom sambung hari kedua..Morning korea..suasana pagi..auwww sangat fresh. Malam tadi tak nampak pemandangan sebab gelap.bila pagi ja..wah!!ada cable car lah depan bilik..terus muncung panjang.asal lah Cik Nun tak pilih time winter ja,kalu dak dapat nak rasa snow dan yang pasti nak naik SKI!!! di sebabkan Cik Nun guna camera phone ja so picture tak sempoi la nak zoom.huhu..sedih sangat..

try lihat picture ni tol..Nampak tak cable car??hehe

Sarapan pagi..siwit.sangat sedap my favorite.kat sana mana pergi mesti ada si siwit nie..
 

Ni lah dia Apartment VIVALDI PARK waktu pagi

Alhamdulillah agak beza tour Cik Nun ikuti kali ini sebab pagi masa atas bus dalam perjalanan kami diberi sikit kuliah agama dari ustad Fadzil.bagus alang-alang melihat tempat orang ada juga motivasi agama yang di sulam.

NAMI ISLAND

ni dekat tempat letak bus sebelum ke Nami Island..memang luas.ini lah dia Ustaz Fadzil

ok balik pada cerita Cik Nun datang korea sebenarnya sebab nak lihat Pulau Nami ni ja.sebelum datang korea pun dok angan-angan dah nak buat apa dekat pulau ni.kalau buka blog jer mesti tak search benda lain.asik search tentang Pulau Nami ja.haha.benar pulau ni cantik pada musim luruh.Daun kuning kemerahan.subahanAllah.Pulau Nami di ambil sempena nama jeneral Nami.cakap tentang sejarah cik nun tak pandai tapi nak taw lebih boleh la search ja di google tu..Nak ke Pulau Nami kena naik boat untuk menyusuri sungai Han

 

dengan bangganya AKU ANAK MALAYSIA



ala-ala wat album la..bajet lebih..hehehe

 

Selepas tu kami semua di tempatkan makan petang di Restoran Berdekatan Pulau Nami.ia seberang jalan dari tempat parking bas.comel ja set makanan orang korea ni.suka sangat Cik Nun lihat..makanan bawah ni leh kata 95% sayur..



Mt seorak

Atau lebih kenali sebagai Mountain Seoraksan National Park yg terletak di Gangwon.Gunung Seorak juga merupakan gunung ketiga tertinggi di Korea Selatan.

 

dekat sini kena naik cable car boleh muat dalam 20 orang juga lah.masa nak naik cable car tu siap ada lagu dimainkan.mood bulan madu..eh tetiba..hehe..bila dah sampai di pertengahan kami kena daki pula ke puncak.Jangan risau sebab ada tangga,tak lah bahayakan siapa-siapa kan.bila naik ja gunung boleh Cik Nun katakan.. subahanaAllah…rasa nak nangis pun ada sebab cantiknya pemandangan atas nie.daun dia Ya Allah..

antara picture yang Cik Nun suka sangat!!
 

 

atas Mt Sorak!atas ni rasa gayat sikit sebab kalu jatuh memang Inalilah..sebab takda benteng!

kah Nadiah kak Aqilah and kak Shiela suka this picture too!!credit untuk Cik Nun..hehehe

Teddy Bear Farm

 Galeri Bear size Gorilla!sebab apa?bab ada bear besar sangat.OMG Cik Nun dah la suka bear tapi bila cakap tentang harga??terus tutup mata!!mahai gila!so apa yang mampu?aktiviti bergambar je..itu harus!!hehe


 

kemudian pejalanan terus ke fish market.kat sini makanan banyak yg fresh,,why?sebab semua ikan hidup-hidup.bila perlu baru kua kan dari aquarium,yg pasti ni kali pertama seumur hidup datang pasar yang tak ada bau hanyir ikan,tak tipu!kat sini penjual semua pandai sebut sotong.gelak besar Cik Nun bila dapat taw sotong dalam bahasa korea adalah TAIK LEMBU.

malam tu kami bermalam di hotel DELPINO.Malam ini tidur sebilik 4 orang,sebelum tidur kami lawat sekitar Delpino.Nak lihat picture hotel Delpino tunggu next entri ja yer…akhirnya dapat juga guna kamera sendiri..manager kembara sufi ustaz fadzil kasi pinjamkan memori card.senyum sampai ke telinga la.pinjam memori card sampai la Cik Nun tak pulangkan lagi..hehe..ampun ustaz!!!nanti Cik Nun pulangkan..






 





 



 






 






Friday 18 April 2014

Korea,Day 1


Assalamualaikum....wah lama cik Nun tak update blog.malas sokmo..hehe..Lone ranger to be…korea I come!!eleh..berani ke cik Nun nak pi sesorang.itu lah perempuan.nak pergi jauh sorang macam agak terancam pulak.Cik Nun memang suka sangat jalan.kalau boleh 1 dunia nak jalan nak melihat nak merasa.Tapi apa kan daya tak ada geng nak join sekaki.ada tak siapa2 nak join Cik nun??Persoalan kenapa pergi sorang.sebenar tak pergi sorang pun.pergi ramai..and agak ramai.Cuma tak kenal siapa-siapa pun time pergi.Ikotkan nak jadi sorang bagpackers la.kang sesorang jadi apa-apa kan susah.tambah pula korea ni bukan ramai yang tahu bahasa English.sesat tak pasal.so Cik Nun pilih tour ja.Rasa agak berani dan percaya akan tour kali ini.so pergi tanpa kenal siapa-siapa  pun.kali ni Cik Nun join tour selama lima hari iaitu 21-25 oct 2013 (kisah enam bulan lepas,hehehe) KEMBARA SUFI. urm..alhamdulillah harga sangat murah jika di bandingkan dgn tour lain.boleh la search www.kembarasufi.com

Anyohaseyo?? Lorh..tetiba keluar cakap korea daa.Seramai 42 join tour ke korea ni.perh ramai kan?rombongan cik kiah ke pa  ni!haha..kami bertolak ke korea pada 8am,21 Oct 2013 penerbangan mengambil masa lebih kurang  6 jam..


INCHEON AIRPORT

bila sampai je kami terus solat di di kaki jalan.okey dekat lapangan terbang Incheon ni memang tak ada surau khas untuk umat islam.Sebenar ada satu tempat beribadat tapi semua jenis kaum semayang di situ.so agak tak elok lah kita nak join sekalikan.(tapi baca blog kawan2 sekarang dah da bilik utk solat,wallahualam,,) Tak lama kami pun di jemput dengan Mr.Chong and jejaka maco Mr.Miki.kegembiraan bertukar sedikit sedih apabila naik bus Cik Nun nak snap picture tetiba baru perasan tak ada memory card!!waaa…kenapalah cuai sangat.benda yg wajib boleh lupa bawa...

YANGPYEONG RAIL BIKE



Setelah berjam-jam duduk dalam flight pastu bila sampai jer naik plak bus duduk agi sejam akhirnya kehadiran kami di bumi sonata dengan senaman.haha.kayuh basikal di atas rail kereta api.eh basikal ke?tak pastilah basikal ke apa.bab takda bentuk macam basikal pun.pelik kan?ya agak pelik bagi Cik Nun yg kali pertama merasa.Perjalanan kayuhan sepanjang 3.2km.jauh tu,tapi di sebab kan cuaca sejuk tak terasa penat pun.tapi jika datang waktu pagi lebih elok agaknya.sebab malam tak berapa nak nampak suasana sekitar.






ni time balik.tak yah kayuh dah kereta depan tu yang tarikkan semua bike..abaikan muka Cik Nun yg letih



ok kami makan di kedai di atas..tak tahu lah apa nama kedai ni.yang pasti makanan semua kat korea ni mesti ada sayur..tak ada tak lengkap lah


Daemyung Resort Vivaldi Park

Kami bermalam di Daemyung Resort Vivaldi Park. kawasan hotel dekat dengan Vivaldi Park Ocean World.macam water park la.yeah..dapat bilik menghadap pemandangan yang five star lah!!if winter ja lah.sebab now salji pun tak ada lagi.pemandangan kearah bukit yang orang naik ski tu..duduk berdua je.bilik kelamin dia kasi.haha..4 malam Cik Nun share bilik dengan Kak Nadiah sorang yang kaki jalan juga.okey next time nak jalan dah ada geng!


comel sangat dapur dia..Cik Nun suka!!

dah datang jejauh takkan nak tidur plak kan.so Cik Nun dan kak Nadiah jenjalan bawah Vivaldi Park.dekat bawah ni macam shopping complex bowling ada karoke ada senang kata macam-macam ado.tapi di sebabkan dah malam kebanyakan kedai dah tutup.so kami dua cuci mata dekat supermarket dia yg tak tutup tu.

haaa...kalu datang korea jangan lupa rasa susu pisang ni...okey!



 bila dah jenjalan tejumpa air susu pisang ni..Cik Nun selalu baca blog ramai suruh try minum susu pisang.So bila try memang sedap sebab manis sangat.buat yg ada sakit kencing manis bek tak yah minum,kang tak pasal tekanan darah naik.haha..memang sedap tapi Cik Nun tak minat la manis-manis nie.minum setengah je.yang selebih bagi dekat Kak Nadiah,yang terkejut Kak Nadiah boleh minum dua botol setengah Air susu pisang ni!!haha,,so sedap or tak sedap?try lah rasa...