Friday, 7 March 2014

BEIJING, CHINA PART 2


Beijing (day 3)

salam..sambungan entri yg lepas..hehe..hari ini hari yg agak penat sebab acara semuanya jalan..hilang lemak Cik nun 3kg..hehehe..konon.tempat pertama ke
TIAN AN MEN SQUARE.kawasan lebih kurang mcm Putrajaya ler.nak kata besar or tak memang besar la sebab ia dataran ketiga terbesar di dunia.

curi2 ambik picture.askar ke polis tu??..nak ambik memang tak boleh..so..ada aku kisah..haha

kemudian ke FORBIDDEN CITY atau sering dikatakan “istana  terlarang”.
nie lah geng2 tour..sangat happy tak taw cek nak habaq...

dekat sini serius agak penat.buat yang cubby mcm Cik Nun ja kot.hehe..walaupun sejuk tetap nak minum air.mana tak nya kalu korang nak tahu luas sekitaran dah 74 hektar.bayang kan boleh muat 8700 kamar.kena lah lepas 4 pintu gerbang untuk jalan keluar.agak penat tapi disebabkan ragam kawan2 yg baru kenal tu dah rasa macam family sendiri.penat automatic hilang.kenapa?lihat la picture dibawah ni..hahaha..macam2 ragam!!


Picture bawah ni di dalam forbidden city..



Lepas dah penat perut pun gelora kencang..kami di tempatkan makan di restoran berdekatan.jika korang ke Beijing nampak dia ni atau yg jual kacang atau lebih kenali sebagai kacang xinjiang.beli lah k!serius sedap.bagi mulut Cik Nun la.if korang tah la kan..

Dalam perjalan nak ke masjid salah sorang dari kami tertinggaikan phone..urmm,,so tour kami pusing balik untuk ke restoran tu tapi agak kecewa sebab phone tu tak di kembalikan.dengan alasan tak jumpa.so buat korang yg nak pergi china tu berhati-hatilah,jangan kata china ja,ke mana saja kita pergi pun kena beringat-ingat.Ok kami ditempatkan besolat di masjid DEWAI Mosque.


disini sangatlah sebak hati Cik Nun..sebab masa nak beli cenderahati dalam masjid tetiba perasan baju sejuk koyak di bahagian poket.tah bila koyak nya.tanya dekat penjaga kedai tu ada tak jarum.teros dia ambil benang n tolong  jahitkan..indah nya ISLAM…subahanAllah.
Reflexology Centre




pusat urut kaki.kat sini silalah berhati2.macam nie cerita nya..al kisah.. ada lah sorang bawa kami semua masuk dalam satu bilik siap dapat duduk kerusi empuk lepas tu minta buka kasut mai la 1 group bawa besen berisikan air macam teh.panas owh...bila mula2 main celup2 kaki last rendam teros..kemudian mula la nak urut kaki.ingat kan urut betol2..lehaiii main pegang2 ja.tak sampai 5 min terkejut beruk cik nun tengok ramai ala2 tabib masuk,yang lawak nak tipu pun pada2 lah.jangan telalu pecaya ya.nak cerita panjang tak berani,orang nak wat bisnes.tapi sebelum beli fikir habis2 yer,,mana lah taw ubat tak sesuai dengan diri.kang payah plak nak datang Beijing cari ubat tu balik kan..

Dr.Tea..





 







Pelbagai jenis teh lah..ada sedap ada tidak.tapi senang kata penduduk di Beijing memang gemar minum teh.leh kata sepanjang Cik Nun di sini minum the ja..yang pasti panas.ni lah amoi beijing tu.dia yg terangkan kami brapa jenis tea..tak berapa reti cakap OMputeh..dia minta kami beli teh .dia kata kami penyelamat dia if beli.sebab dia banyak hari tak ada pelanggan.tetiba fikir.adakah ini cara dia orang nak tarik perhatian orang Malaysia yg baik hati ni...tektik sungguh la..

 Haa..ni plak national stadium chaoyang..atau lebih kenali sebagai BIRD’S NEST



 














salah satu stadium sukan Olympic 2008.tak dapat nak masuk.so snap2 pic ja lah dari luar.dan tak jauh dari situ ada WATER CUBE..tak ada pic pun sebab macam tak best ja.dalam google search nampak macam cantik ja..macam comel ja..tapi bila tengok real..ek eleh..biasa jer bro…

2 comments:

  1. Glad u r happy to be there and back safely. =)

    ReplyDelete