HAPPY BIRTHDAY KAK AFFIDA!! Tepat jam 12.00
hotel bising dengan suara kami nyanyikan lagu khas untuk kak Affida!datang ke
bali nie adalah pilihan kak Affida sendiri.sebab nak sambut birthday dia di
sini.dan Cik Nun agak berbesar hati sebab dapat join dengan kak senior.tambah
pula wishlist Cik Nun memang nak ke Bali.sambung ZzzzzzzzzzzzzZZZZZ
Boleh kata sepanjang hari ini kami akan
berpusing melihat air..nak tahu kenapa meh kita layan apa yang Cik Nun nak melalot
nie..Permulaan Pagi kami dengan Naik jambatan Ngurah Rai.jambatan ni nak seakan
jambatan Pulau Pinang.tol dikenakan Rp10000
Dalam
perjalanan Mas Ali bawa kami lihat Ke hotel NUSA DUA,kawasan hotel lima star.kawasan
di sini sangat tenang.tapi serius bagi Cik Nun tak ada apa yang menarik pun di sini.
 |
Pintu Gerbang nak masuk Nusa Dua
|
Pantai Tanjung Benoa
Dekat sini Cik Nun agak sedih sebab tak try
DIVING yg tak perlu pakai LESEN!arhhh…nyesal yang amat..dah balik baru tahu.so
pada yang datang Bali try lah k!!di sebabkan kami tak nak main air langsung
kami pilih ke TURTLE ISLAND.price dalam Rp165-170k pandai-pandai lah main tawar
harga.sebelum sampai ke Pulau penyu kami di beri peluang beri ikan makan di
tengah laut..setiap sorang di beri sekeping roti.
 |
atas bot..layan angin sepoi-sepoiiiiiiii
|
Masa sampai ada box di tepi sebelum nak
lihat penyu kena beri sikit derma sebanyak Rp5000.Ni kali pertama melihat penyu
life and pegang.tapi Cik Nun sikit sebak bila lihat penyu tu macam nangis.ada
air mata keluar…
Tenyata Cik Nun memang pencinta binatang..semuanya
Cik Nun nak pegang,tapi ular!!letak jauh-jauh.comel tak penyu nie...??
 |
Haaa...apa yang nak di curi tu...suka sangat ngan beg Camera Cik Nun..hehe
|
Mas ali lepaskan kami untuk melihat Pantai
Kuta,tapi Perut semua pakat joget lambak,so carilah makan..yang nampak halal
pun Mc’Donalds.Malangnya Cik Nun BOIKOT dengan Mc'd.so mampu tahan perut
jer lah.bagi Cik Nun kawasan ni memang tak akan tidur!pagi penuh dengan
shopping nya malam penuh dengan club malam nya.so Cik Nun cadang sangat siapa
yang nak datang bali nih elok benar lah haa menetap kawasan nie.di sebabkan
malas telan air liur lihat 3 angel dok makan Cik Nun pun mula window shoping
sesorang .Pusing-pusing dapat pun benda yang di cari.Fridge Magnet ala-ala Peta Bali.nak dapatkan fridge magnet cantik-cantik leh lah ke Shoping mall
matahari.sebelah ja dengan Mc’donals.Semasa kami dalam perjalanan Cik Nun banyak
sembang dengan Supir Ali kesian pula kalau dia penat dan mengantuk.tapi Cik Nun
memang tak kan beri peluang mata Cik Nun untuk tutup.Kalau boleh tak mahu rugi
melihat tempat orang.dalam perjalanan ke laut.. akan jumpa university dan juga
tempat beribadat..laungan azan pembesar suara hanya pada hari Jumaat kata Supir
Ali.Cik Nun tak snap picture pun sebab takut bateri nak abis.
PANTAI PANDAWA
Masuk kawasan ni sorang kena Rp5000.Lihat
laut pun nak kaut untung ek?Terkejut Cik Nun lihat ombak kat sini.Cantiknya Ya
Allah..tak caya leh scroll ke bawah ni
 |
CANTIK TAK??
|
 |
LIHAT AIR LAUT TU..CANTIK SANGAT!!
|
ULUWATU
Kalu datang bali tak sampai Uluwatu memang
rugi besar,tempat ni famous sebab pemandangan tepi tembing melihat laut.Masa
nak masuk akan di berikan kain untuk ikat di pingang.bila sebut ja uluwatu Cik
Nun teringat akan blog-2 kawan.asik kata banyak monyet.risau tol Cik Nun.but
now jangan risau,tak banyak dah monyet kat kawasan tu,bukan tak banyak yer..memang Cik Nun tak nampak langsung.dengar cerita dah kena
tangkap sebab membahayakan pelancong.sementara tunggu tepat 6pm waktu mulanya
pertunjukan Kecak Dance kami bergambar lah di tepi tembing yang awesome nih!!
 |
lihat... ciptaan maha kuasa.. Subhanallah |
Masa 6pm pun dah nak dekat.Mas ali
cepat-cepat ajak kami cari tempat.sayang gila Cik Nun dekat mas Ali nih!dia
punya lah dok cari tempat buat kami,untuk melihat matahari jatuh.tapi cuaca tak
izinkan kami melihat.tak lama Kecak Dance pun berlangsung.nak lihat Kecak dance
ni sorang Rp100,000.Pada 10 minit pertama agak bosan sebab tak abis-abis dok
sebut
cak
cak cak kecak kecak kecak cak cak cak kecak kecak
puja ayat serapah apa tak taw lah.sampai balik boleh
hafal lagutu,,hahaha.yang lawak kak Arina boleh plak rakam and dengar berkali-kali..
Candle light di Jimbaran..
sepatutnya candle light dengan pasangan
bercinta tapi candle light Cik Nun yang pertama kalinya bersama 3 kak-kak
senior!hahaha..sebenar sebab nak sambut our birthday girl! Kak Affida!dan malam
itu dalam perjalanan dari hotel Mas Ali hanya mampu berkata
aduhhh,,,aduhhh,,aduhh
tekanan apa?haha bia rasia antara kami..jom layan makanan candle light
Hard rock
Kami diberi peluang bergambar area Hard
Rock.Supir Ali sangat baik dan tidak bekira sebab waktu kami sudah berlalu tapi
dia tak kisah pun. Good Service mas Ali!!
bersambung...last day... =)