Assalamualaikum..sihat tak semua..doa sihat lah...jangan terlebih sihat macam Cik Nun udahlah..kang susah plak nak mendietkan diri..haha..jom sambung last day di tanah bali.seriusnya Cik Nun agak sedih ari last nie sebab antara tempat yang Cik Nun travel Bali the best la.mungkin salah satu sebab with kakak senior dan juga Pak Supir yang sangat sekepala!!okey untuk last day nie kami ke Utara bali..yeah..saya orang utara Malaysia..hehe
BEDUGUL
tasik bratan tasik nie kedua terbesar di bali.harga tiket sorang Rp7000.ada satu kuil yang terletak atas permukaan tasik nie.pemandangan sangat cantik sebab tasik nie menghadap ke Gunung Bratan dan Gunung Catur.masa syok layan bergambar.hujan turun lebat sangat dan tak sampai 5 minit stop pula hujan tue..ini angkara Raja Katak nak panggil teman tiga orang nie..hahahaha!!!
 |
Sang Puteri bersama Raja Katak..hahahaha...
|
 |
| ala-ala korea gitue..haha |
masa nak ke tempat parking Cik nun gelak besar bila lihat teksi yang agak unik sebab kali pertama lihat.dekat Malaysia tak penah lihat lagi.bagus lah kat Malaysia tak ada pun.di sebabkan sekarang tengah hot dekat si hidung besaq ni.Cik Nun nak tunjuk lah apa yang Cik Nun lihat nie...
 |
| apa yang di lihat dekat teksi tu??? |
sebelum sambung cerita,serius Cik Nun AGAK KECEWA DENGAN SYARIKAT CADBURY!!dengan berita yang cukup menyedihkan!!kenapalah sangup buat macam ni!!!arhhhhhh!!!pasni tak nak makan dah walaupun di sah HALAL!!
TANAH LOT
 |
| siapa pernah pergi Gread Ocean View Melbourne??cuba cari apa yg sama??hehe |
harga masuk tanah lot sorang Rp8000.dekat sini laut dia tak lah cantik macam dekat pantai pendawa tu.tapi mungkin dijadikan tempat pelancongan sebab ada satu kuil yang di tengah laut.ramai juga ke tengah laut tu.bila pergi akan di letak beras di dahi,Cik Nun tak pergi pun.lihat dari jauh ja.
 |
| aksi melampau..haha..with kak +Yan Ty krik..krik..krik.. |
Pantai Kuta
masa perjalanan nak ke pantai kuta Supir Ali asik lihat matahari ja.ligan masa gamaknya.sebab dia nak sangat kami lihat sunset dekat bali.tapi tak da rezeki juga sebab jalan jem.Dari hari pertama lagi Supir Ali asik bawa ke town kuta ni sebab nak suruh lihat pantai kuta ni tapi kami macam malas nak jalan so tak juga pergi.hari akhir di paksa juga oleh supir Ali dan bila lihat ja suasana Pantai bali baru tahu kenapa supir Ali nie nak sangat kami lihat sebab suasana dia memang cantik! tenang! bunyi ombak dia jer macam lagu Ombak rindu..hehehe.senang kata kalau mai bali nie mai lah jenguk pantai bali ni.Sampai ja airport ralat sangat jiwa raga.aiceh ayat,,,hehe.walaupun 3 hari tapi asa sedih pulak nak tingalkan bali nie utamanya supir Ali macam abang bagi kita orang.banyak bagi nasihat.sorang yang setia mendengar.buat kalian yang nak ke bali pastikan simpan duit sebanyak Rp150,000.00 tax untuk apa tak tau lah.Cik Nun memula nak try buat konon tak ada duit macam penah baca blog sorang nie dia kata tak kena bayar sebab tak ada duit.Cik Nun tak dapat nak buat sebab???hahaha..boleh guna Debit and Card Credit juga..Pandai kaut untungkan.bila naik ja atas flight nak balik ke Malaysia ada sedikit cerita yang agak lucu,dan Cik Nun nak juga cerita bab lawak.cerita dia macam ni,ada satu pasangan.yang laki ni nak duduk sebelah isteri dia.tapi di pisahkan sebab laki ni duduk belakang dan isteri dia di depan.dia punya lah nak hug pasangan dia ni.sampai tak duduk diam-diam.tangan dia masuk di celah bangku.asal dapat hug.kepala otak Cik Nun dok kata dia gila dah.nak romantic sangat..mau aku siku juga kang..haha..tapi bila fikir balik sweet sebenar nya.nak bagi korang bayangkan pun tak reti.tapi dua jam dia peluk pasangan dia dari belakang.tangan tersepit di celah bangku.tangan tu dah lah besar.tak sakit ke..?
GoodBye bALI!!
sedikit info buat semua.jika masa mencukupi Cik Nun suggest korang ke BANYUWANGI lebih kenali dengan Kawah Ijen dan juga G-Land.pada sesiapa yang suka sangat akan laut..ombak dia superlah!!peminat sufing memang wajib ke sini bab ombak dia.sebenar ramai tak tahu.dan Cik Nun sendiri tak tahu.Supir Ali yang bagi tahu.balik Cik Nun Cepat jer search Google.haaaa!!tudia..jatuh cinta dah..bayuwangi mu tunggu aku datang!!(bila tahun pulak)