Sunday 10 August 2014

Melbourne and the Street (Part II)

Auucak!!wah dah berbulan tak datang blog sendiri.hehehe..salam Syawal semua.tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya..dan Kosong Kosong..biasalah Cik Nun agak busy  dua tiga menjak ni.nak karang pun ada sifat M.jom sambung cerita yang lepas agenda salah masuk kedai perut pun gelora so waktu pun dah 11am pergi lah Restoran Nelayan.Lepas dah kenyang Cik Nun terus jalan sampai lah jumpa Flinders Street Station tak sampai 5 minit pun.sebenar Cik Nun pun tak ada rancangan sangat pun.ingat nak abiskan pusing Bandar Melbourne ni ja lah.masa nak lintas jalan nampak Free City Circle Tram.tapi masih teragak-agak.risau lah juga kang salah naik tram.masa nak naik tram tu Cik Nun pun soal satu perempuan.City Circle tram?dia masuk buat muka ketat.Cik Nun cakap dengan tiang ke?dalam hati terfikir lah juga sama ada Cik Nun cakap english dia tak faham atau dia ni sombong!selamat lah ada sorang chinese guy yang kata “ya ya ya City Circle tram come come”.

picture nih pinjam pak cik Google punya yer..nih lah City Circle tram tu

bila masuk ja duduk menghadap perempuan tu.Cik Nun lihat ja dia tu.Rupanya dia bukan orang ausie sebab cakap macam orang jerman ja.patut lah dia macam selengeee ja tadi.oopppss terlebih sudah.dalam free tram ni kita orang pusing lah lihat sekeliling.Tetiba bunyi orang mengeruh.lihat sebelah baik punya ayah Cik Nun tengah tidur.hehe.Penat gamaknya.Semalaman tak tidur. Cik Nun pun tak tahu nak berhenti dekat mana.Nak kata tak ada maps tipu lah kan.peta tu Cik Nun sumbat dalam beg buat ikan perkasam.tak usik langsung.haha.Pengembara semua..sila jangan buat macam perangai Cik Nun ya.Sesat tak pasal!Last ajak ayah turun ja dari tram tu.Jalan memang sesak dengan manusia.siapa jiwa seni?silalah terbang datang Melbourne ni.Sepanjang jalan ada ja orang buat show.

Cik Nun agak teruja lihat mamat tiga orang ni.macam pelik.lama juga Cik Nun lihat.nak tahu orang betul ke or patung.
Jarang nak jumpa dekat Malaysia seni piring hitam dah kan?

sepanjang jalan ada ja tembok mesti ada ja hasil seni dekat Melben nih..

Cik Nun ajak ayah turun pun memang kena dengan tempat sebab jalan yang Cik Nun masuk tu syurga lelaki atau mat riders sekalian.sepanjang jalan ni ada kedai motor besar-besar.Sejam gak lah abiskan masa dekat sini.tambah pula ayah Cik Nun suka motor besar-besar ni semua.Cik Nun pun layan.tapi sorry..tak tahu apa nama jalan ni


Kenalkan my Daddy cool..hehehe

Selepas puas layan kita orang pun kembali ke Victoria market semula.kedai semua dah buka. pusing-pusing cuci mata.hati-hati taw dekat sini banyak sangat barang kulit contohnya macam jacket.tapi tak di tulis kulit apa.so pada yang akan datang ringan-ringan lah mulut bertanya.Ayah Cik Nun nyaris-nyaris  nak pegang jacket kulit tetiba penjual tu kata don’t touch that pig skin.perh..selamat tak pegang.dekat sini Cik Nun tak snap picture sangat pun sebab  sibuk window shopping.Beli tak pun..haha.tapi barang dekat sini murah lah juga.Cik Nun beli Fridge Magnet dekat area sini ja.dekat sini ramai juga yang tahu cakap melayu.

kulit kanggaroo yang ayah Cik Nun pegang tu lembut sangat!!

balik hotel tidur dalam sejam.serius agak penat.mungkin sebab tak tidur semalam.bila bangun lihat jam baru pukul 4 tapi macam dah dekat pukul 7. Serius Cik Nun suka sangat waktu malam di Melbourne ni.Macam-macam show di tepi jalan!

Ni lah dia Flinders Street Station ketika malam.di sebab kan Cik nun bukan lah jiwa snap picture so gambar pun boleh belacan pun boleh..hehe

dekat kawasan sekitar ni ada kuda ala-ala diraja..rasa macam ada dekat dalam istana pulak..
dari Federation Square boleh kelihatan Menara(spire)di Victoria Art Centre

okeh ni lah hari pertama Cik Nun di Melbourne.habis pun entri hari pertama.tunggu hari kedua pulak yer.doakan sifat M Cik Nun hilang..InsyaAllah..bye..