Sunday 22 June 2014

Melbourne (Part I)

Assalamualaikum semua..cuti sekolah 2 minggu ke mana ja?macamlah Cik Nun dapat cuti sekolahkan.hehe.balik pada tajuk di atas Cik Nun pilih ke Melbourne.Pada mulanya nak ke Sydney.nak sangat lihat VIVIT SYDNEY yang di tanyang sebulan pada setiap tahun.tapi cuti tak di luluskan.nagis-nagis bagai so tanpa fikir panjang Cik Nun beli lah tiket ke Melbourne selama 4 hari ja iaitu pada 7-11 june 2014.seharian di atas awan nano dan 4 hari di tanah kangaroo.cukup ke 4 hari ja?haha..ikot2 kan tak cukup pun.tapi Cik Nun gagah nak bagi cukup gak!sebab Cik Nun dah list tempat-tempat yang nak sangat pergi.antaranya Cik Nun ke Melbourne ni sebab nak lihat dengan mata sendiri Gread Ocean Road (GOR)bukan(GOV) yer.Cik Nun kali pertama ke KLIA 2 dan kali pertama juga naik Malindo Airlines.pada mulanya dari penang nak naik keretapi ja,tapi kawan Cik Nun bagitaw Malindo pergi tak sampai Rm60 pun.siap dapat free meal dan 15kg luggage free.
lain dari yang lain.cara keselamatan di tunjuk dalam screen

bila sampai ja KLIA 2 jadi peraakk semacam ja.jakun pun ada.sebab besar sangat.tak tahu nak kemana.Cik Nun bertolak dari KLIA2 ke Melbourne 1.40pm petang.asal petang bukan malam?angkara AirAsia buat promo.mana murah itu lah yang Cik Nun ambil.hehe.mata wang pulak.Cik Nun dapat tukar rm3.02 = 1 Aud.so siapa yang nak ke negara yang mata wang tinggi sila syampoo rambut anda supaya tak botak di tengah kepala!hahaha.ikotkan hati Cik Nun nak pergi sorang ja.macam blogger Kah Kiah suka travel tu.selamba dia ja leh.tak kan Cik Nun tak boleh plak kan!tapi ayah Cik Nun nak join.tak nak lepas anak dara dia travel sorang tapi bersebab,sebab apa?tunggu next entri.haha.naik ja flight kepala Cik Nun tak abis-abis dok jenguk ke laluan masuk.tercari-cari siapa lah yang akan duduk sebelah kerusi Cik Nun.bila orang terakhir masuk Cik Nun senyum kegembiraan sebab dapat duduk dua kerusi tanpa bersempit dengan orang lain.puas hati!masa dalam flight pramugari akan datang kasi Arrival Card.so kalau boleh korang jujur ja lah.kalau bawa makanan declare ja apa yang di bawa.kang tak pasal-pasal kena denda.macam ayat blogger Kaki Berangan yang Cik Nun tak tahan gelak bila dia taip “amat amat amat BODOH kalo tertangkap jugak akibat takmo declare”haha.


selepas 8 jam terbang akhirnya sampai juga Cik Nun di Negara kangaroo tu.Kalau naik AA flight akan mendarat di Tullamarine Airport.beza waktu di ausie ni cepat dua jam dari Malaysia.berdebar hati Cik Nun masa nak lepas dengan kastam.doa sangat tak ada apa-apa berlaku.kepala otak asik dok fikir macam mana lah nak lepas dari sini.sebab baca blog kawan ada kata anjing bau beg kita.takut gak mana tau si anjing naik minyak terkam Cik Nun ke.Alhamdulillah lepas juga tiga peringkat cek dan soal jawab.Cik Nun tak nampak pun anjing yang sering kawan blogger katakan.masa keluar ja dari arrival tu  Cik Nun tak tahu nak kemana sebab cuaca sejuk sangat.Cik Nun cadang tidur ja dulu dekat Airport.so kita orang cari surau.senang ja kalau nak cari surau ni.so caranya macam ni.korang keluar nampak ja post jual tiket skybus nanti ada pintu.dekat situ belok kanan jumpa dah surau.tapi laki perempuan campur.sampai ja Cik Nun cari bilik air.muka masam gila terpapar bila lihat dalam bilik air tak ada pili air.tak tahu pula yang ausie pun kedekut air.

dalam bilik air ada jual benda alah ni.macam best ja.
Cik Nun tidur kejap ja.terus ajak ayah pusing cari STARBUS.kenapa naik starbus bukan SKYBUS?okey Cik Nun nya hotel ada free airport transport if tidur tiga malam.Cik Nun tak nak rugi 18 Aud so tunggu lah sampai pukul 6am.cari punya cari.tak jumpa-jumpa post yang jual tiket STARBUS ni.dah lah sejuk.last Cik Nun masuk dalam nak ke surau ada papan tulis nama hotel.bawah nampak STARBUS.owh patut lah tak nampak starbus tu.rupanya kena call.Free ja call ni.
boleh book hotel dari sini
disebabkan datang Melbourne bukan untuk tidur.so Cik Nun tinggal di DISCOVERY MELBOURNE.buat bagpackers memang sesuai lah.murah juga.tapi tak semurah Malaysia Hall.tiga malam kami tingal 203 Aud.mahal??if nak murah tidur bilik dorm.tapi Cik Nun dengan ayah.nak la bagi selesa.tapi buat yang nak tidur sini make sure korang minta dekat dengan bilik air.sebab bilik air di luar.kang jadi macam bilik Cik Nun dapat jauh dari bilik air.dah lah sunyi sepi ja keadaan sekeliling.mana hotel pun sama ja.tapi..bilik air dia orang Cik Nun letak lima bintang,cantik sangat.tapi tak snap picture pun.bab takut lama-lama dalam tandas yang sunyi sepi tu.kang ada pulak yang nak inter frame

hotel ni dekat sangat dengan VICTORIA MARKET.Market ni serius besar.sampai naik lenguh kaki.

lepas pusing Cik Nun pun ke Swanston Street nak cari travel agen ke Gread Ocean.mungkin setengah orang lebih puas pergi sendiri.tapi ada baca setengah blogger kata jalan dia berliku-liku.sebenar tak ada lah liku-liku mana pun.lain la jalan Balik Pulau ke Teluk Bahang Penang.Nak juga naikkan nama negeri sendiri.hehe.tapi baik ambil tour if nak lihat pemandangan kan.tak la tumpu perhatian kat jalan raya ja.pada siapa yang nak senang cari makan ada satu Restoran Nelayan.waktu operasi  11am.

berdepan Restoran Nelayan tu Cik Nun lihat ada Tour ExtraGreen yang Cik Nun dapat tahu dari blog Kak Kiah suka travel.tapi  kak kiah kata tak suka travel ajen ni.So disebabkan Cik Nun datang on bajet Cik Nun cadang nak ikot juga tour tu ja asal dapat lihat Gread Ocean.bila masuk Cik Nun pun tanya lah harga ke GOR.sebelum orang tu bagitahu harga dia kata yang service dia orang just cakap cina.tapi if tak faham boleh tanya tour guide.baru Cik Nun nak angguk kepala,terus orang tu kata kalau tak nak boleh cari tour lain.tenganga besar Cik Nun bila dia cakap macam tu.nak ja ambil tong sampah depan Cik Nun ketuk-ketuk kepala dia.disebabkan harga yang ditawarkan sangat murah Cik Nun ikot juga tour tu.45 Aud ja.murah tak?memang murah la.Cik Nun datang sini salah satu nak ke MOUNT BULLER.Nak main ski la konon.macam Scha alyahya dan Awal Ashaari tu.bila tanya orang tu kata snow tak ada lagi dekat Mt Buller tu.padahal Cik Nun lihat dalam laman web 7-9 June opening!sedih tak terkata lah.Dulu ke Beijing nak main ski snow dah habis.ke korea salah musim.Kali ni pulak snow tak turun lagi..! kecewa!kecewa!kecewa! so dah tak ada Mt Buller pilih ke Philips Island ja lah.harga sama 45Aud juga.keluar dari kedai tu Cik Nun merongot sakan.sebab lihat pameran cermin patung pakai baju ski sakan.lepas tu ayah Cik Nun baru kata “ni kedai ni punya.tadi kedai tu punya.mana sama”bila lihat sign board kedai di atas Ya Allah Cik Nun bukan masuk kedai ExtraGreen tu!tapi Odyssey Travel kedai sebelahan ja.

ayah Cik Nun tak nak bagi mood Cik Nun down dia pun kata tak yah la bazir.kang pergi memang tol tak ada snow lagi.haha..ok lah sambung next entri nanti ja lah ya..sebelum tu Cik Nun nak ucap terima kasih kepada Pak Lang Mie hadiahkan Cik Nun souvenir dari Melbourne dan Sydney.asal lah Pak Lang Mie pergi awal kalau tak boleh kenalan ngan anak dia yang ensem tu...*owh gatainya!hahaha. Lawak ja.