Monday 31 March 2014

Pengenalan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Salam perkenalan dari saya buat bloggers sekalian.Siapa suka TRAVEL??hehe..saya suka..boleh lah gelar saya sebagai Cik Nun yer..buat pengetahuan semua,Cik Nun baru ja dalam bidang blog nie.so ayat pun terabur la.sebenar Cik Nun suka sangat baca Blog orang lain terutamanya hal travel. 

 

Cik Nun nak terima kasih dekat sesorang sebab asik paksa Cik Nun buat blog.Padahal dulu tak terasa pun nak menulis.Asik baca blog orang jer.so kisah Cik Nun macam dah lapok.tapi mungkin semua cerita ke tempat yang sama,tapi jalan cerita pasti berbeda..cewah ayat..so siapakah pembawa semangat ini?lain dan tak bukan miss Krik..krik..krik.. +Yan Ty  yg selalu ajar and tak penah rasa nak penat dengan karenah Cik Nun.

 

 Cik Nun tulis ini bukan nak menunjuk-nunjuk yer.tapi sekadar suka-suka and nak share apa yang Cik Nun lihat.so pada peminat melancong jom la follow blog Cik Nun yang tak seberapa ni..

 

Akhir kata kepada sesiapa yang terbaca blog Cik Nun or tersinggah sila lah komen-komen..tak maulah sombong-sombong..hehe..

 

Sekian dari Penumpang Bumi..


 



"Katakanlah : Berjalanlah di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana (Allah) memulai penciptaan (makhluk), kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu". Surah al-'Ankabut (29) ayat 20.

Friday 21 March 2014

BEIJING, CHINA PART 4


DAY 5

Last Day di Tanah Beijing.Hari ini leh kata day of shopping.Sepanjang di Beijing tour suka sangat bawa kedai government.serius tak suka..tapi memang kerajaan dia orang dah wajibkan sebegitu nak wat macam mana kan.


PEARL SHOP

Pearl ni dekat jer ngan Stadium Olimpik Bird Nest.tak salah dalam kawasan Stadium.okey kat sini memang nak korang baca betul-betul sebab bila baca balik blog kawan yg ke Beijing ramai cerita benda yg sama.so rasa macam tertipu ja.sebab?masa dekat pearl shop ni ada lah mamat maco..memang maco habaq hang!konon anak taukey kedai Pearl tu.dok wat gaya macam pelakon korea.Dia explain memang tergoda lah.dia kata kita orang ni first customer dia and anggap kita orang ni sebagai kawan.so tektiknya telah buat kami percaya hidup-hidup.sebab apa?haa..harga gelang pearl yg jual dengan harga 2280 yuen dia jual 100 yuen kira duit Malaysia Rm50 la.kerana tektik yg sangat pandai maka Cik Nun kena tertipu lah.nasib kau lah labi...sebab beli 1 gelang n 1 loket.dah balik Malaysia baca balik blog rakan blogger baru sedar dah kena tipu,,patut lah kami nak bergambar dengan dia tak mo.hahaha…siput sedut tol!



Jika taip ja restaurant famous dekat Beijing mesti ada XINJIANG RED ROSE. makanan Alhamdulillah sangat sedap.tapi leh kata puas hati ngan pihak tour bab selama 5 hari semua restaurants makanan sangat la puas hati!


 

SILK STREET and YASHOW MARKET

Ok kat sini mintak tolong lah korang sabar and pandai tawar.kalu kena maki tu wat muka sekupang ja.sebab dia orang letak harga tak masuk akai.ada baju T-shirt biasa letak 200 YEN padahal leh dapat 16 YEN ja.so jangan sama sekali nak mengalah dalam perang mulut dia orang,,memang hantu tol!!hahaha.Cik Nun tak dan nak snap picture sebab mata dah lip lap lip lap ngan shoping so ni je picture yg sempat snap..

 

Sebelum balik kami di tempatkan di Restaurant Padang Indonesia. Suasana kawasan sangat la 5 star dekat SHIMAO mall tingkat 3.

 

Akhir suasana happy jadi sayu bila kami semua nak berpisah.walaupun sekejap tapi happy with them.apa pun MALAYSIA CIK NUN PULANG NIE.. tanah tumpah darahku ! Bye Beijing!!

 

So sekian blog Cik Nun di Beijing….hehehe..

Thursday 20 March 2014

BEIJING, CHINA PART 3


**Saya dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk sama-sama berdoa agar di temui pesawat MH370 KL-Beijing yang hilang.Moga semuanya dalam keadaan baik.
 Insya Allah**

Beijing (day 4)

BONA JADE MUSEUM

Jika bincangkan dengan jade Cik Nun tak pasti lah orang melayu suka or tak.tapi yang pasti ramai kaum cina yang suka. salah satu sebab orang cina suka pakai jade kerana perubatan.masa cik nun lihat jade2 tu mai la sorang sales dok follow ja cik nun.adoii..last cik nun mula soal apa kelebihan jade tu.so dia kata lah pakai jade boleh kawal tekanan darah,dan jika nak pakai Jade lebih elok di tangan kiri.sebab dekat dengan hati..sebenar tak minat pun ngan jade tapi tetiba temakan plak ngan amoi ni dok pujuk2 bagai,dia plak tunjuk 1 loket yg tulis dalam bahasa cina “FU” maksud dia blessing.bukan Cik Nun percaya pun.Cuma sekadar souvenir yg aneh dari Beijing..harga yang diletak 1 loket tu 250 YEN..mahai oii..dok minta la tawar dia tak kasi.dia tunjuk bentuk lain tapi dok bekenan yang tu juga.Last dia kasi juga dengan harga 100 YEN.RM50 duit MYS.padahal dekat Malaysia murah ja.

ni la amoi tue..pening dia dengan Cik Nun

 
 

Crystal shop

Sini pelbagai jenis ukiran crystal.tapi tak best pun.cuci mata ja lah.semua nya yang jual mahal belaka.nampak tak bola jade bawah ni.konon orang Beijing pecaya siapa pegang boleh memberi kekayaan dan umur boleh panjang..ya ke??dengar sudah..pecaya jangan..hehehe...





 
 

Sebenar inilah hari yang di nanti-nantikan.kenapa Cik Nun nak datang Beijing?ni jer sebab nya.nak lihat THE GREAT WALL tersenarai dalam 7 World’s Wonder!so punya lah excited sampai daki ke puncak teratas.haa..sapa daki sampai atas tabik spring sama korang..so bila dah daki sampai atas.Semua dah turun Cik Nun ja tak turun2 lagi sebab terlebih rajin nak naik sampai puncak.mak kita pun apa lagi risau la.turun jer dari jauh nampak mak muka masam sokmo..tu lah kasih sayang sorang mak.jangan lah kita derhaka pada mak ya.ingat..syurga di telapak kaki ibu..cewah..tapi disini tabik spring double2 lah dengan Encik Wan Jaafar.cepat tol daki.sebab takut Cik Nun hilang sanggup dia daki lagi setengah Great wall..haha..orang sabah ba..daki gunung kinabalu…CHAMPION lah En. Wan!!

 

dengan bangganya Cik Nun berada di atas puncak! Level 13 ok!!lihat anak tangga yang sangat curam dan sempik tu.hati-hati lah ye.nak ingatkan juga if naik bialah berdua.sebab masa Cik Nun naik sesorang SubahanAllah rasa seram pulak.ya lah lihat atas tak ada orang lihat bawah pun tak ada yang daki lagi,nak turun ja rasa.tapi rasa takut.Mana taknya Cik Nun penah ingat dulu cerita buat Tembok Besar cina ni makan ribu tahun jugak,dan ramai yang mati dia orang terus tanam di kawasan tu juga.macam scary tol.Selamat tak berapa minit ada satu Pak Cik dari Malaysia(bukan tour yg sama) dari belakang.Cik Nun naik ke puncak dengan dia lah.rasa jika sesorang misi Cik Nun tak Berjaya lah..hehehe... 








 

Kemudian kami ke sebuah perusahaan ubat BURNING CREAM CENTRE.Ada free show dari penjual ubat tu.rasa kesian pun ada.dia berani buat demonstrasi pegang besi panas,siap ada api lagi besi tu.lepas pegang terus dia letak ubat.nama ubat tu BAO FU LING.perh..muka dia merah menyala.tapi tak ambik pic pun time tu.


Friday 7 March 2014

BEIJING, CHINA PART 2


Beijing (day 3)

salam..sambungan entri yg lepas..hehe..hari ini hari yg agak penat sebab acara semuanya jalan..hilang lemak Cik nun 3kg..hehehe..konon.tempat pertama ke
TIAN AN MEN SQUARE.kawasan lebih kurang mcm Putrajaya ler.nak kata besar or tak memang besar la sebab ia dataran ketiga terbesar di dunia.

curi2 ambik picture.askar ke polis tu??..nak ambik memang tak boleh..so..ada aku kisah..haha

kemudian ke FORBIDDEN CITY atau sering dikatakan “istana  terlarang”.
nie lah geng2 tour..sangat happy tak taw cek nak habaq...

dekat sini serius agak penat.buat yang cubby mcm Cik Nun ja kot.hehe..walaupun sejuk tetap nak minum air.mana tak nya kalu korang nak tahu luas sekitaran dah 74 hektar.bayang kan boleh muat 8700 kamar.kena lah lepas 4 pintu gerbang untuk jalan keluar.agak penat tapi disebabkan ragam kawan2 yg baru kenal tu dah rasa macam family sendiri.penat automatic hilang.kenapa?lihat la picture dibawah ni..hahaha..macam2 ragam!!


Picture bawah ni di dalam forbidden city..



Lepas dah penat perut pun gelora kencang..kami di tempatkan makan di restoran berdekatan.jika korang ke Beijing nampak dia ni atau yg jual kacang atau lebih kenali sebagai kacang xinjiang.beli lah k!serius sedap.bagi mulut Cik Nun la.if korang tah la kan..

Dalam perjalan nak ke masjid salah sorang dari kami tertinggaikan phone..urmm,,so tour kami pusing balik untuk ke restoran tu tapi agak kecewa sebab phone tu tak di kembalikan.dengan alasan tak jumpa.so buat korang yg nak pergi china tu berhati-hatilah,jangan kata china ja,ke mana saja kita pergi pun kena beringat-ingat.Ok kami ditempatkan besolat di masjid DEWAI Mosque.


disini sangatlah sebak hati Cik Nun..sebab masa nak beli cenderahati dalam masjid tetiba perasan baju sejuk koyak di bahagian poket.tah bila koyak nya.tanya dekat penjaga kedai tu ada tak jarum.teros dia ambil benang n tolong  jahitkan..indah nya ISLAM…subahanAllah.
Reflexology Centre




pusat urut kaki.kat sini silalah berhati2.macam nie cerita nya..al kisah.. ada lah sorang bawa kami semua masuk dalam satu bilik siap dapat duduk kerusi empuk lepas tu minta buka kasut mai la 1 group bawa besen berisikan air macam teh.panas owh...bila mula2 main celup2 kaki last rendam teros..kemudian mula la nak urut kaki.ingat kan urut betol2..lehaiii main pegang2 ja.tak sampai 5 min terkejut beruk cik nun tengok ramai ala2 tabib masuk,yang lawak nak tipu pun pada2 lah.jangan telalu pecaya ya.nak cerita panjang tak berani,orang nak wat bisnes.tapi sebelum beli fikir habis2 yer,,mana lah taw ubat tak sesuai dengan diri.kang payah plak nak datang Beijing cari ubat tu balik kan..

Dr.Tea..





 







Pelbagai jenis teh lah..ada sedap ada tidak.tapi senang kata penduduk di Beijing memang gemar minum teh.leh kata sepanjang Cik Nun di sini minum the ja..yang pasti panas.ni lah amoi beijing tu.dia yg terangkan kami brapa jenis tea..tak berapa reti cakap OMputeh..dia minta kami beli teh .dia kata kami penyelamat dia if beli.sebab dia banyak hari tak ada pelanggan.tetiba fikir.adakah ini cara dia orang nak tarik perhatian orang Malaysia yg baik hati ni...tektik sungguh la..

 Haa..ni plak national stadium chaoyang..atau lebih kenali sebagai BIRD’S NEST



 














salah satu stadium sukan Olympic 2008.tak dapat nak masuk.so snap2 pic ja lah dari luar.dan tak jauh dari situ ada WATER CUBE..tak ada pic pun sebab macam tak best ja.dalam google search nampak macam cantik ja..macam comel ja..tapi bila tengok real..ek eleh..biasa jer bro…

Tuesday 4 March 2014

BEIJING, CHINA PART 1



Beijing, China (DAY 1)



Ok lah..bab ramai kawan yg tanya tentang Cik Nun di beijing so nak ler kongsi  ngan korang Tips2 sikit di Beijing selama 6 hari tu.Kita orang ke beijing pada 1-6 March 2013.harap apa yg Nun cerita ni boleh lah bantu kawan2 yg nak ke Beijing.percutian kami ni ikot tour package.seronok sebab 11 orang yg join tmasuk 1 tour guide dari Malaysia.Alia nama dia.ramai juga yg tetanya2 pakej apa yg Nun p tu..ok di sebabkan kita ni kan islam.so lagi bagus ambik muslim tour,waktu solat and makan tejaga.Alhamdulillah  nun pilih..



AL MASYHUR INTERNATIONAL TRAVEL & TOURS SDN BHD       www.almasyhurinternational.com



sangat lah puas hati dengan servis dia orang,agak bbaloi lah.harga time tu promosi.so dapat lah naik MAS..weeee.. MH0360 6.40PM  1 MAR 2013.







Setahun lebih punya cerita daa.hehehe.Dah nama pun naik Mas..perhh..sangat terbaik lah service dia orang.Makanan jangan risau sudah tersedia.2 kali makan gak ler...






selama 7 jam dalam flight tak terasa sangat bab malam.tido nyenyak la gak.bila mendarat ja…senyum sampai telinga hanya mampu kata BEIJING!! Cek sampai doh nie!!huhu..kecoh jer..Untuk pengetahuan korang, waktu di Beijing n Malaysia adalah sama.so tak payah lah nak set2 jam tu..Cuma waktu solat agak beza sikit.Suhu time tu -2..ketaq2 mak cek,sampai jer disambut ngan tour guide yg sangat becok mulut dia,Mr David.selama di Beijing mulut dia tak henti2 cakap.dah nama pun tour guide.tapi sangat best..bab dia rajin nyanyi lagu Tibet la lagu orang mogolia la.tp serius tak faham,,haha..ni lah hotel kami tido selama 5 Malam    MAJESTY HOTEL.



                   


Agak selesa juga hotel ni.Ramai orang Malaysia n Indonesia menginap hotel ni.ok jika korang nak tidur hotel ni pastikan lihat ada tanda harga tak jika nak pakai shampoo ke sabun ke berus gigi ke apa2 ja lah.sebab last day masa cek out buta ja kena 38yuan kira Rm19 sebab ingatkan free pakai lah segala yang ada..choiii.





Beijing, China (DAY 2)



Pagi nie agak teruja, mana tak nya..bila cakap ja kua asap..memang agak “peeraak”dulu lihat TV jer,now dapat wat.Suasana pagi Beijing..



                                        


Sweet cople baru nikah jer.tu setahun lepas punya cerita.now ada baby boy dah.kak Hidayah n husband abg Umar.Tour bawa kami ke Summer Palace ..pemandangan sangat lah cantik,,subahanallah..tp tour guide kata kalau musim bunga lagi cantik,tp bila search google tengok macam biasa ja..hehe..ia taman maharaja terbesar di china.dibina ketika pemerintahan Maharaja QINGLONG pada 1751.tasik yg besar..dlm tasiK ada ternak tiram untuk pasaran mutiara China.


                        


Time makan2.kami ke restoran XI BU MA HWA HUO GUO-HUA GUO haaa..tudia aik berbelit-belit lidah nak sebut.panjang sokmo la..kita orang siap duduk bilik VIP agi,,kelas kaw jah!dkt Beijing nak makan sangat la senang.lihat ja signboard warna hijau maka halal la..tapi agak pelik sikit bab dia orang ada jual arak.so jangan nak tekejut la.dekat sini baru Cik Nun pecaya  yg penduduk Beijing ramai yg tak pandai cakap omputeh..sebab salah sorang dari kami Tanya “got Chicken?” dia balas “chikaa wa chikaa??”pastu dia cakap sorang2 n senyum..hahaha



                       




masjid NIUJIE.Masjid terbesar di Beijing ni terletak di Cow Street.





okey dalam masjid ni Cik Nun jadi cikgu taw.cewah bangga jadi cikgu.sebab ada 1 ustazah dok belajaq bahasa melayu,dia cukup suka lah orang Malaysia.Ni lah bukunya..



                                      





Kawasan cow street ni kawasan muslim so nak dapat makanan senang sikit seberang jalan ada supermarket.macam2 ado...tapi hanya satu ja leh masuk tekak..tadaa..


                                   





ubi keledek..sedap sangat makan time sejuk2 ni..perhhh layan…



Petang tu kami ke pusat pertunjukkan akrobatik China.memang lima bintang lah!tak dan nak snap pic bab teruja sangat.Cuma masalah disini tandas.Memang kotor.sebab ramai sangat nak masuk kan..